“Saya terima apa ujian yang sedang hadapi…” Vida pasang niat mahu tunai umrah - Utusan Malaysia

“Saya terima apa ujian yang sedang hadapi…” Vida pasang niat mahu tunai umrah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi dan jutawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Vida berkongsi dirinya sedang memasang niat untuk menunaikan ibadah umrah, jika diizinkan Allah.

Menerusi entri Instagram, penyanyi lagu popular I Am Me itu memuat naik satu hantaran video yang memaparkan dia sedang mengenakan telekung serba ungu sambil berdoa.

Sehubungan itu, Vida turut menitipkan rasa teramat rindu untuk melakukan ibadah dan memanjatkan doa di tanah suci.

“InsyaAllah, tidak lama lagi diizinkan oleh Allah saya akan pergi mengerjakan umrah.

“Rindu sangat nak pergi ke sana. Nak beribadah, berdoa banyak-banyak. Rindu bau dekat sana,” katanya di Instagram.

Dalam pada itu, jutawan berkenaan juga reda dengan ujian yang dihadapinya kini serta tidak berdendam dengan semua pihak.

“Saya maafkan. Saya terima apa ujian yang sedang hadapi.

“Saya reda dan tidak berdendam sama sekali,” ujarnya.Pemerhatian Utusan Malaysia mendapati, rata-rata warganet mendoakan agar hasratnya dimakbulkan serta menitipkan semangat supaya penyanyi itu sentiasa sabar dengan segala ujian dalam hidupnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya