“Saya tak bercinta dengan Caprice!” - King Coco - Utusan Malaysia

“Saya tak bercinta dengan Caprice!” – King Coco

KING Coco menjadi topik hangat netizen kerana didakwa mempunyai hubungan cinta dengan selebriti Caprice.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: “Jujur saya tak bercinta dengan Caprice, berhenti bertanya!,”.

Itu reaksi pempengaruh, King Coco atau nama sebenarnya Marshaira Ismail apabila dihujani pertanyaan pengikut dan peminatnya mengenai dakwaan perhubungan cinta dengan selebriti Caprice di Instagramnya.

Dalam perkongsian hantaran video berbeza di Instastory King Coco, dia sekali lagi menegaskan penyanyi Xde Hal Bro berkenaan bukan pilihannya.

“Saya nak awak sahaja. Caprice saya tidak mahu. Janganlah tanya saya dengan Caprice tentang pelbagai soalan ya. Tidak mahu…,” katanya.

Menerusi Instastory King Coco turut berkongsi berkenaan ciri-ciri lelaki idamannya.

“Saya tidak adalah bercakap lelaki budiman itu sampai ke tahap yang buka pintu kereta atau setiap kali berjumpa kena bagi bunga atau pun tarik kerusi.

“Ya awak boleh saja lakukan perkara-perkara itu kalau awak mahu. Tapi bagi saya lelaki yang budiman ini adalah mereka yang menghormati wanita.

“Selain itu, lelaki mesti tahu batas pergaulan antara pasangan kekasih dan dalam masa sama menghargai. Tapi entahlah saya masih belum jumpa,” luahnya.

Untuk rekod, King Coco pernah mendirikan rumah tangga dengan Azrin Anas Abdul Shukor tetapi sudah berpisah. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua anak iaitu Putra Kyle Mateen dan Putra Muhammad Haqeem.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN