“Saya dah hilang rasa hormat… tak pernah serik” -Shuk Sahar terus dikecam warganet - Utusan Malaysia

“Saya dah hilang rasa hormat… tak pernah serik” -Shuk Sahar terus dikecam warganet

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon dan pelawak sensasi, Shuk Sahar sekali lagi menerima kecaman warganet berhubung kontroversi baru-baru ini yang melibatkan pelakon Fauzi Nawawi, ketika bersiaran langsung rancangan bual bicara, Rumah 107.

Shuk yang juga salah seorang pengacara rancangan tersebut, turut menerima tempias apabila didakwa menjadi ‘punca’ pelakon itu tampil berkongsi babak rogol yang dilakonkannya dalam filem Anak Halal sehingga melibatkan salah seorang pelakon wanita.

Menerusi entri Twitter, pemerhatian Utusan Malaysia mendapati nama pelawak itu sekali lagi menjadi ‘trending’ sejak semalam selepas kontroversi berkenaan telah menjadi perbualan orang ramai.

Sehubungan itu, rata-rata warga Twitter meninggalkan ciapan kecaman buat pelawak berkenaan kerana bertanya soalan yang dikatakan sensitif ketika rakaman rancangan tersebut.

“Kebanyakan pelawak memang suka melucah dan menghina fizikal, Shuk itu dari zaman Raja Lawak dia punya kandungan macam sampah,” ciap seorang pengguna Twitter.

“Saya sudah hilang rasa hormat kepada Fauzi Nawawi, Shuk Sahar serta produksi yang lain. Adakah anda fikir wanita terlalu murah untuk dipermainkan? Shame bro!” tulis pengguna Twitter yang lain.

“Shuk Sahar tidak pernah serik, boleh dah ‘cancel’ dia ini,” ciap lagi salah seorang warga Twitter.

Terdahulu, sedutan video temu bual menerusi rancangan tersebut yang menampilkan pelakon Fauzi Nawawi bersama dua tetamu undangan lain berkongsi tentang pengalaman watak jahat lakonan masing-masing, telah tular di media sosial.

Menerusi video tular tersebut, Fauzi berkongsi secara terperinci tentang pembikinan babak rogol melibatkan pelakon Raja Farah dalam filem Anak Halal.

Namun, Fauzi tampil terlebih dahulu membuat permohonan maaf diatas kekhilafan dan keterlanjuran katanya sewaktu bersiaran menerusi rancangan tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya