‘Kami ikut SOP yang ditentukan’ - Michael Ang - Utusan Malaysia

‘Kami ikut SOP yang ditentukan’ – Michael Ang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pengarah terkenal, Michael Ang mengakui amat menitik berat soal pematuhan prosedur operasi standard (SOP) ketika penggambaran dilakukan.

Kata Michael, pematuhan SOP adalah penting bagi mengelakkan sebarang jangkitan mahupun penularan wabak Covid-19 dalam kalangan pelakon dan kru produksi.

“Kami ikut SOP yang ditentukan, lakukan ujian (Covid-19) dan pakai pelitup muka. Kami kena sentiasa berjaga-jaga.

“Saya akan tempatkan kru dan pelakon di satu lokasi dan kumpulkan mereka sekali agar mereka tidak keluar ke mana-mana. Konsep gelembung penggambaran itu memang kami patuhi sepenuhnya,” katanya.

Michael berkata demikian ketika hadir dalam sesi bersama media bagi memperkenalkan drama Sihir menerusi aplikasi Zoom.

Turut kelihatan di dalam sesi tersebut adalah barisan pelakonnya, Kamal Adli dan Hun Haqeem.

Pada masa yang sama, Michael yang mesra disapa Mike menolak keras penggunaan bahan terlarang dalam kalangan kru mahupun artis yang terlibat di set penggambarannya.

Katanya, dia akan memastikan mereka yang bekerja dengannya bersih daripada penggunaan najis dadah.

“Saya pantang kalau ada yang ambil (dadah) di set penggambaran. Saya tak mahu tahu apa yang mereka buat di luar tetapi apabila mereka berada di set penggambaran, saya pastikan mereka tidak membawa atau menggunakan bahan-bahan itu semua.

“Kalau ada yang ditangkap, bukan mereka sahaja, malah satu produksi akan terkesan. Periuk nasi semua orang akan terganggu,” tekannya.

Dalam pada itu pengarah itu juga bersetuju jika ujian air kencing diadakan di setiap set penggambaran filem atau drama.

Namun katanya terdapat beberapa perkara yang perlu diteliti termasuk kos dan kemudahan yang diperlukan sebelum melaksanakannya.

“Ini semua melibatkan kos. Nak buat ujian air kencing kena sediakan kos tambahan.

“Bagi saya, kalau perlu, kena cari jalan atau duduk berbincang bersama pihak stesen penyiaran. Ini adalah soal keselamatan dan kebaikan industri.

“Bayangkan kalau ada orang ‘lalok’ di set yang terlibat dengan adegan bersenjata. Jika perkara tidak diingini terjadi, semuanya sudah terlambat,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya