Jangan tangkap muat - Utusan Malaysia

Jangan tangkap muat

poklip
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Poklip ada menonton sebuah drama bersiri yang sedang hangat diperkatakan. Macam-macam respons Poklip baca. Ada yang positif dan pastinya, ada yang negatif. Tak apa, kritikan membina kita ambil dan perbaiki. Jangan pula melenting.

Sebenarnya, Poklip sendiri ada komen bila tengok drama tersebut. Pertamanya, Poklip nak puji bagaimana produksi tempatan sudah mula berani untuk mengangkat sesebuah isu untuk digarap menjadi drama. Tidaklah kita asyik dihidangkan dengan jalan cerita sama.

Asyik-asyik wanita dianiaya. Asyik-asyik kisah cinta rahsia. Menantu, kekasih semua rahsia. Geleng kepala Poklip bila tengok drama yang jalan ceritanya lebih kurang sama. Orang kata, adunan sama acuan berbeza. Rasa sama bentuk sahaja lain.

Tetapi drama yang satu ini berbeza. Mengangkat isu kesihatan mental dan scammer. Tetapi sayang sekali, watak tidak dikembangkan dengan baik. Poklip sendiri tidak tahu kesalahan itu harus diletak di bahu siapa. Penulis skrip atau pelakon?

Kalau cakap soal pelakon, bagi Poklip watak-watak itu terlalu besar untuk dibawa oleh mereka. Bukan mahu menafikan kemampuan tetapi, jangan kerana populariti, produksi tutup mata dan main tangkap muat sahaja pelakon untuk watak itu.

Malah, watak-watak juga tidak diperkenalkan dengan baik. Semuanya seperti asal boleh. Memang penonton perlu fikir sendiri tetapi kalau watak itu pun suam-suam sahaja digarap, maka apa yang boleh kita buat adalah mengkritik.

Tidak terkecuali apabila semua masalah dan konflik dalam drama itu seperti cuba disumbat dalam satu masa. Satu-satu lah. Watak juga belum kita kenali dengan dalam, sudah dicampur dengan drama lain. Macam mana kita nak hadam kan?

Ingat, kritikan bukan untuk menjatuhkan ya. Kita memberi reaksi sebagai penonton. Kita juga mahu drama tempatan setanding dengan negara luar. Supaya kita tidak dibanding-banding dan diperlekeh oleh penonton ‘kelas kayangan’.

Cuma, ada segelintir produksi yang cepat panas punggung dan mula marah-marah apabila karya mereka dikritik. Ala biasalah, takkan nak hidup bersuapkan pujian sahaja. Bila kena kritik sikit pun melenting! Tak baguslah macam itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya