Gila bayang ke? - Utusan Malaysia

Gila bayang ke?

poklip
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Terkejut Poklip bila dengar dakwaan yang satu ini. Susah juga Poklip nak ceritakan. Bukan apa, bab-bab sensitif ini memang menjadi kegemaran ramai. Tetapi, Poklip malu-malu hendak cerita tau.

Kisahnya begini. Ada seorang kawan Poklip ini bekerja sebagai pengurus kepada seorang pelakon. Jadi, memang saban hari dia menerima berduyun-duyun pesanan daripada peminat, stalkers dan berbagai jenis manusia.

Tetapi tiba-tiba, ada satu hari ini, dia terkejut apabila menerima pesanan WhatsApp daripada bekas kekasih pelakon tadi. Dia mula-mula macam okey sahaja, tetapi bila buka pesanan, rupanya gambar tidak senonoh dihantar.

Poklip sendiri terkejut bila mendengar. Dah kenapa dik sampai macam itu sekali. Gila bayang ke? Takkan kisah cinta lama masih belum dapat dilupakan. Tak silap Poklip dua-dua sudah lama putus cinta.

Tapi sengaja Poklip usik. Entah-entah, tak dapat artis, pengurus pun jadi. Rupanya jelas kawan Poklip, pelakon itu sudah menyekat nombor bekas kekasihnya. Jadi sebab itu dia menghantar pesanan ke pengurus pula.

Tak nak bersuhabat, kawan Poklip segera memadam gambar tak senonoh itu dan terus menyekat nombor berkenaan. Malah dia juga merahsiakan perkara itu daripada pelakon tersebut.

Tak mahu lah fikir yang bukan-bukan tetapi harapnya bekas kekasih pelakon itu berhentilah melakukan perbuatan terkutuk itu. Janganlah menagih cinta dengan cara itu. Awak pun bukan tak cantik.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya