“Bakat bukan mainan, tapi seni!” - Raja Ilya - Utusan Malaysia

“Bakat bukan mainan, tapi seni!” – Raja Ilya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Raja Ilya tampil meluahkan rasa tidak puas hati dan kecewa berhubung prasyarat yang diletakkan oleh segelintir penerbit dan stesen TV bahawa pelakon perlu mempunyai bilangan sejuta pengikut di media sosial.

Jelas pelakon filem Soulmate Hingga Jannah itu, dia tetap akan menyuarakan hal tersebut biarpun kelak sudah mencapai sejuta pengikut di laman sosial.

“Sesuatu yang mengganggu saya sedang berlakon. Maaf, saya tidak boleh berdiam diri. Kenapa sampai jadi macam ini industri perfileman Malaysia kita? Dah kenapa?

“Saya tetap akan bersuara tentang hal yang sama kalau saya ada 10 juta pengikut sekali pun.

“Anak seni tanah air kita tidak main media sosial, mereka bermain di skrin, bagi betul-betul punya. Bakat bukan mainan, tapi seni! Hargainya jangan palsukan!,” ujar Ilya di Instagram.

Tambah Raja Ilya atau nama sebenarnya Raja Ramilah Begum Raja Mohammad, 35, malahan majoriti dalam kalangan pelakon Korea menerusi Squid Game pun baru saja membuka akaun Instagram.

“Hello! Majoriti pelakon tidak ada IG pun, baru buka akaun! Pelakon-pelakon dalam Netflix tidak ada pengikut satu juta,” katanya lagi.

Dalam perkongsian hantaran sama, Ilya turut bersetuju dengan maklum balas penerbit dan rakan industri berkenaan isu prasyarat berkenaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya