KUALA LUMPUR: Penyanyi, Ameer Forteen memaklumkan ibu saudaranya Hasmawani yang menghidap penyakit sawan telah terjatuh di bilik air dua hari lalu.
Jelas Ameer atau nama sebenarnya Ameerais Azhar, 31, Hasmawani sudah dibawa ke Hospital Kota Bharu dan memerlukan bantuan kos rawatan yang besar.
“Assalamualaikum semua, untuk makluman ibu saudara saya yang ada penyakit sawan telah terjatuh di bilik air.
“Tulang belakang leher dia patah dan memerlukan pembedahan untuk memasukkan besi dan kos rawatan dianggarkan RM10,000. Sekarang dia berada di Hospital Kota Bharu.
“Kepada anda yang ingin memberi sumbangan bolehlah berbuat demikian untuk mengurangkan beban ibu saudara Ameer ke akaun Azhar Mamat 0301 0048 563 724 Bank Muamalat. Hanya Allah yang mampu membalas budi baik anda,” ujarnya di Instagram.