Ramai nak tunjuk pandai, jadi saya angkat kaki - Amerul Affendi - Utusan Malaysia

Ramai nak tunjuk pandai, jadi saya angkat kaki – Amerul Affendi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Pelakon berbakat besar, Amerul Affendi, 35, menganggap ada sebab mengapa dia akur menjadikan bidang seni lakonan ini sekadar hobi walaupun sedar ramai memuji dan menyanjung bakat lakonannya.

Menurut Amerul atau nama sebenarnya, Mohd Amerul Affendi Mohd Mawardi, dia lebih selesa meletakkan fokus kepada bidang pertanian dan penternakan yang diceburinya sejak beberapa tahun lalu walau ada kala tidak menolak begitu merindui dunia lakonan.

“Dua tahun dah bercuti tak dapat nak layan hobi ini. Moga semua kawan-kawan yang bekerja dalam bidang kesenian dapat segera kembali bekerja,”katanya dalam satu ciapan di Twitter semalam.

Sebelum itu, pelakon ini mengulang ciapan Twitter daripada sahabat industri, Sharifah Amani yang berkongsi gambar kenangan sewaktu kedua-dua mereka terlibat sama menjayakan filem berjudul Psiko Pencuri Hati dan Pekak di akaunnya.

Selain itu, Amerul turut menjawab komen seorang pengikutnya yang bersetuju dengan tindakannya untuk beralih bidang dan tidak terlalu bergantung atau memberi tumpuan penuh kepada dunia seni.

“Tak bagus sebenarnya sebab aku lari dari kawan-kawan yang nak jadikan bidang kesenian satu bidang yang elok untuk sama-sama cari rezeki.

“Tapi disebabkan terlalu ramai yang hanya nak jaga periuk nasi sendiri dan hanya nak tunjuk dia je pandai bercakap, jadi aku angkat kaki,”katanya.

Sementara itu, Amerul yang berasal dari Temerloh, Pahang ini menerima banyak pujian daripada peminat dan penonton yang menyaksikan filem berjudul Mencari Rahmat yang ditayangkan di saluran Mubi kini.

Rata-rata peminat menyifatkan lakonan Amerul tidak pernah mengecewakan selain naskah itu sendiri yang dilihat mempunyai mutu sebuah filem yang wajar diangkat ke peringkat lebih tinggi.

Filem Mencari Rahmat merupakan sebuah naskah yang mendapat sentuhan pengarah hebat, Al Jafree Md Yusop dan membariskan pelakon handalan seperti Namron, Sharifah Amani, Adibah Noor, Fauziah Nawi dan Nadia Aqilah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.