Siti Sarah dimasukkan ke wad ICU - Utusan Malaysia

Siti Sarah dimasukkan ke wad ICU

GAMBAR kenangan Allahyarham Siti Sarah Raissuddin dan Shuib bersama anak-anak mereka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelawak, Shuib Sepahtu memaklumkan isterinya Siti Sarah Raissuddin dimasukkan ke wad Unit Rawatan Rapi (ICU) akibat oksigen dalam badan tidak stabil, pagi hari ini.

Suami penyanyi lagu Kesetiaan itu berkongsi di akaun Instagramnya dengan memuat naik gambar isteri tercinta ketika berada di tanah suci Mekah.

“Assalammualaikum salam Jumaat semua. Pagi tadi isteri saya telah dimasukkan ke ICU disebabkan oksigen yang tidak berapa stabil dan keadaan dia yang tidak berapa baik,” ujarnya.

Shuib juga memohon orang ramai mendoakan semoga kesihatan penyanyi itu termasuk anak dalam kandungan isteri keadaan sihat walafiat.

“Saya mohon di hari baik (Jumaat) doakan Sarah dan anak dalam kandungan Semoga dipermudahkan urusan dan semoga Allah berikan kekuatan untuk mereka.

“Semoga Allah merahmati kita semua, perkenankanlah,” tulisnya dengan tanda pagar Covid fighter.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.