Mimi Loma meninggal dunia - Utusan Malaysia

Mimi Loma meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon dan penyanyi veteran, Mimi Loma, 75, meninggal dunia di kediamannya di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seri Semarak tepat pukul 2.19 pagi tadi.

Allahyarham Mimi atau nama sebenarnya Siti Aminah Ismail dikhabarkan menghembuskan nafas terakhir dengan tenang dalam tidurnya.

Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah, Batu Caves sekitar pagi ini.

Allahyarham meninggalkan seorang anak dan tiga cucu.

Allahyarham Mimi merupakan adik kepada Biduanita Negara, Allahyarham Puan Sri Saloma dan Allahyarham Mariani Ismail.

Beliau menyinar dalam dunia lakonan dan nyanyian pada era 1960-an dan dikenali dengan watak Suhara menerusi filem Ahmad Albab pada 1968.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya