‘Mak, abah dan semuanya, harap terus kuat’ - Keluarga Yana Samsudin dijangkiti Covid-19 - Utusan Malaysia

‘Mak, abah dan semuanya, harap terus kuat’ – Keluarga Yana Samsudin dijangkiti Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Malang menimpa pelakon, Yana Samsudin apabila seluruh ahli keluarganya, termasuk kedua ibu dan bapanya dijangkiti virus Covid-19.

Perkara itu dimaklumkan Yana atau nama sebenar, Norliana Samsudin, 36, menerusi Instagramnya.

Umum anak ketiga daripada lima beradik ini, khabar duka itu diterimanya sebaik keputusan ujian calitan diterima seluruh ahli keluarganya, semalam.

“Bismillah, keputusan keluar hari ini. Seluruh ahli keluarga di Yong Peng, Johor positif Covid-19.

“Astagfirullahazim, Allah maha besar maha mengetahui segalanya.

“Mak, abah dan semuanya, harap terus kuat. Kami jauh,” tulisnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN