Daging salai goreng basah sos tiram - Utusan Malaysia

Daging salai goreng basah sos tiram

Cara menyalai menjadi kepingan daging lebih 'juicy', wangi dan enak berbanding disalai secara moden.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DAGING yang disalai atau diperasap menggunakan tempurung kelapa akan menghasilkan aroma begitu menyelerakan.

Cara seperti ini menjadikan kepingan daging lebih juicy, wangi dan enak berbanding disalai secara moden.

Memandangkan zaman sekarang sukar untuk menyediakan daging salai namun kini ia mudah didapati di pasaran secara bungkusan yang sedia dimasak.

Bagi Pengusaha Daging Salai Ori Cik Lyn atau Norhayati Maslinda Chew yang lebih dikenali Lynda Chew, kepingan daging salai yang diperasap dengan tempurung kelapa lebih sedap dimasak secara goreng, lemak cili padi atau rendang dan pelbagai masakan lain mengikut citarasa masing-masing.

LYNDA CHEW

Daging salai goreng basah sos tiram yang dikongsi oleh Lynda Chew ini begitu mudah disediakan. Tambahan ia menyerlahkan kepingan daging yang masih disalai secara tradisional menggunakan tempurung kelapa.

Kaedah menyalai:
1. Daging basah dicuci dengan air asam jawa.
2. Dibiarkan 10 minit untuk hilangkan bau hamis.
3. Basuh daging dengan air, campur dengan garam dan sesudu serbuk kunyit.
4. Campurkan sos perapan (mengikut cita rasa masing-masing) pada daging dan diperap selama 24 jam.
5. Selesai diperap, daging sedia untuk disalai atau diperasap selama empat hingga lima jam.

Daging salai goreng basah sos tiram

Bahan-bahan:
1. 200 gram daging salai
2. Halia sebesar ibu jari dihiris
3. 2 biji cili padi
4. 1/2 biji lada benggala
5. 2 biji bawang putih
6. 2 biji bawang merah
7. Sedikit cendawan butang
8. 4 sudu besar sos tiram

Cara penyediaan:
1. Goreng bawang putih dan merah hingga naik bau. Tambahkan halia yang dihiris halus.
2. Masukkan daging salai.
3. Tambah cili padi yang dipotong halus.
4. Campurkan sos tiram dan sedikit air.
5. Tambahkan lada benggala dan cendawan butang.
6. Biarkan dan masak dengan api yang sederhana. Tunggu sehingga cendawan dan lada benggala cukup masak.

Siap untuk dihidang!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN