Serangan hendap pandemik Awake - Utusan Malaysia

Serangan hendap pandemik Awake

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

“Badan lesu, kreativiti pemikiran jadi tidak produktif dan mendorong amarah.”

Demikianlah kesan-kesan jika kita hilang keupayaan untuk tidur seperti yang berlaku dalam filem Awake yang mendebarkan itu.

Wabak seakan-akan penyakit insomnia itu telah menjangkiti seluruh penduduk di Amerika Syarikat. Namun terdapat dua orang yang berkemampuan untuk tidur daripada terus terjaga. Salah seorangnya Matilda, lakonan Ariana Greenblatt.

Detik-detik penularan tersebut terjadi apabila beberapa gugusan kosmik solar matahari melalui ruang bumi.

Menurut Agensi Perlindungan Persekitaran Amerika Syarikat, kesan kuat radiasi gugusan itu boleh mengakibatkan kerosakan pada otak dan satelit.

Malah menurut Nueronline, kajian saintifik melaporkan, akan ada kesan buruk pada sistem glymphatic atau sistem pembuangan sisa otak jika kejadian itu berlaku.

Macam nak belajar Pendidikan Sains pula bukan? Mungkin sedikit, tetapi itulah antara ilmu yang disuntik di dalam filem tersebut.

Dalam perjalanan pulang, Matilda dan ibu serta abangnya terbabit dalam kemalangan jalan raya yang dipercayai berpunca daripada kegagalan kenderaan yang dipandu tiba-tiba hilang kawalan dan terjunam ke sungai.

Namun, mereka bertiga berjaya keluar menyelamatkan diri selepas mengharungi detik cemas.

Matilda pula didapati lemas namun berjaya diselamatkan oleh anggota polis yang kebetulan berada di lokasi kejadian dengan melakukan CPR. Terdapat banyak kenderaan lain turut berdepan kemalangan. Semuanya dek gugusan kosmik solar yang melintasi ruangan bumi.

Masih ingat pelajaran Sains tadi? Hal itu, telah merosakan apa sahaja bahan elektronik gagal berfungsi sekali gus sistem otak, glympathic.

Malangnya, ibu Matilda, Jill (Gina) dan abangnya Noah (Lucius) tidak dapat untuk melelapkan mata sehingga keesokan hari. Sementara itu, Matilda sudah pun nyenyak dibuai mimpi indah mungkin.

KEMUNCAK

Jill, bekas askar bertugas sebagai sekuriti di sebuah universiti perubatan. Cuba mendapatkan penjelasan daripada penyelianya, Dr. Murphy (Jennifer), namun tiada jawapan. Dr. Murphy mengajak Jill untuk turut serta dalam misi mencari solusi untuk sembuh daripada wabak itu. Tapi Jill enggan atas alasan masa silam ketika pernah bertugas sebagai askar bersama doktor.

Cuba mencari penyelesaian sendiri akhirnya membawa Jill dan Matilda serta Noah ke pusat kegiatan kajian makmal angkatan tentera. Hampir seminggu, keadaan menjadi kucar-kacir, tembak menembak berlaku dan meninggalkan anak-beranak itu saja yang hidup serta seorang anggota petugas.

Jill menunjukan tanda-tanda tubuh badannya sudah tidak bermaya lantas Matilda dan Noah mengambil keputusan drastik dengan cara cubaan melemaskan ibunya dan melakukan CPR sebagaimana yang pernah dilalui Matilda. Idea tidak waras itu timbul apabila Matilda, teringat kejadian yang hampir meragut nyawanya dan menjadikan situasi itu sebagai teori untuk reset semula.

Persoalannya, ketika layar digelapkan, berjaya langkah drastik Matilda itu? Dapatkah mereka menyelamatkan penduduk lain menerusi kaedah itu? Usah lemas kerana jawapan itu boleh anda dapatkan sendiri di dalam filem tersebut.

Fenomena tidak dapat tidur membawa penonton mengamati layar perak di penstriman Netflix selama sejam lebih itu dibintangi oleh Gina Rodriguez, Jennifer Jason Leigh, Barry Pepper, Finn Jones, Lucius Hayos dan Ariana Greenblatt serta ramai lagi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN