Menangani keganasan rumah tangga - Utusan Malaysia

Menangani keganasan rumah tangga

Buku ini memenangi Anugerah Buku Negara 2019 sebagai Buku Terbaik dalam Kategori Sains Sosial untuk Institusi Pengajian Tinggi di Malaysia.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Keganasan rumah tangga terhadap wanita bukanlah suatu masalah individu tetapi masalah masyarakat umum yang perlu ditangani secara serius. Ia menjejaskan kesejahteraan psikologi dan mengancam keselamatan seseorang mangsa.

Wabak Covid-19 juga menyebabkan kes keganasan rumah tangga melonjak naik sejurus selepas PKP dilaksanakan.

Penghasilan buku The Law on Domestic Violence in Malaysia susunan Prof. Madya Dr. Daleleer Kaur Randawar dari Fakulti Undang-Undang, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam dan Prof. Dr. Najibah Mohd Zin dari Kulliyah Undang-undang Ahmad Ibrahim (AIKOL), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Ia dilihat dapat mendidik dan memberi kesedaran mengenai masalah sosial keganasan rumah tangga yang sering berlaku dalam masyarakat.

Buku ini yang memenangi Anugerah Buku Negara 2019 sebagai Buku Terbaik dalam Kategori Sains Sosial untuk Institusi Pengajian Tinggi di Malaysia adalah cukup komprehensif dan padat kandungannya.

Ia mengandungi lapan bab yang menghurai dan membincangkan pelbagai aspek dalam keganasan rumah tangga.

Buku ini bukan sahaja menekankan perbincangan konsep, teori dan prosedur untuk mendapatkan perintah mahkamah bagi mangsa tetapi juga melihat kepada sistem sokongan untuk mangsa dan pemangsa selepas perlakuan keganasan rumah tangga.

Buku ini merujuk kepada Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 (Akta 521) yang terkini di Malaysia. Akta ini dipinda dua kali iaitu pada 2012 dan 2017 di mana kedua-duanya dibincang secara terperinci dalam buku ini.

Penulis berpendapat, pindaan undang-undang oleh kerajaan adalah langkah yang harus dipuji dalam membantu menangani masalah keganasan rumah tangga. Selain Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 (Akta 521), banyak akta lain yang berkaitan juga disoroti dalam buku ini.

Perbandingan dengan pelaksanaan undang-undang negara lain juga dibincang untuk melihat dan belajar pendekatan negara-negara lain dalam menangani permasalahan keganasan rumah tangga dalam semua masyarakat di seluruh dunia.

Secara keseluruhan, buku ini membuat penilaian kritikal yang sangat baik dalam menilai undang-undang mengenai keganasan rumah tangga di Malaysia khususnya dan negara-negara lain umumnya.

Fokus kepada pendekatan perundangan dari negara luar yang terpilih adalah sangat praktikal dan berguna untuk tindakan masa depan oleh kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan yang berkaitan dalam menangani isu ini.

Kritikan yang dikemukakan oleh pengarang terhadap penegakan undang-undang tersebut adalah cadangan alternatif yang baik. Ia boleh dilaksanakan untuk memperbaiki lagi undang-undang keganasan rumah tangga yang sedia ada di Malaysia.

Bagi memastikan buku ini sampai kepada masyarakat yang meluas agar dapat mendidik dan memberi kesedaran mengenai masalah sosial keganasan rumah tangga, edisi Bahasa Melayu buku ini juga diterbitkan.

Pengulas: Prof. Madya Dr. Roslina Che Soh @ Yusoff (UIAM)
Tajuk Buku: The Law On Domestic Violence In Malaysia
Penulis: Prof. Madya Dr. Daleleer Kaur Randawar dan Prof. Dr. Najibah Mohd. Zin
Publisher: IIUM Press, 2019
ISBN No: 9789674184834

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya