Elly Mazlein marah siapa? - Utusan Malaysia

Elly Mazlein marah siapa?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi dan pelakon, Elly Mazlein, meluahkan rasa berang terhadap seorang individu dikenalinya yang didakwa gemar mencari gaduh dengan orang sekeliling.

Menerusi perkongsian di entri Instagram Elly, dia meluahkan kemarahannya terhadap individu itu yang kelihatan kurang senang melihat kehidupan pelakon berkenaan.

“Tak suka, jangan mengikut di media sosial dan menggelupur melihat kehidupan saya ya. Dah 2021, dari dulu sampai sekarang tidak berubah perangai kaki gaduh dengan semua orang.

“Gaduh dengan kawan, jiran serta perli orang sana sini. Orang itu tiada pun kacau kau. Kecewa dengan kehidupan kau yang sedih itu ke sampai tidak boleh lihat orang lain bahagia?

“Setakat berani dekat media sosial semua orang boleh. Mari sini, kau bukan tiada nombor telefon aku, teringin juga nak rasa tulang tangan kau. Kau bukan sesiapa sampai nak kena ikut keselesaan kau,” katanya.

Dalam pada itu, Elly Mazlein menasihati warganet agar tidak mengikut sikap individu berkenaan yang didakwa kurang ajar itu.

Sementara itu, menerusi perkongsian itu, dia turut membuka ruangan komen kepada peniaga untuk mempromosikan jualan mereka.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.