Sebut saja nama Achey, siapa tidak kenal bukan? Meskipun karier seninya lebih menyerlah sebagai pelawak, namun siapa sangka Achey juga mempunyai bakat menyanyi. Terdahulu, single Sakit yang dilancarkan tahun lalu mencatat 34 juta tontonan di laman YouTube Seventeen Eleven Music. Malah, sebelumnya lagu itu berjaya meraih satu juta tontonan dalam masa sehari dan berlanjutan sepanjang seminggu selepas ia dilancarkan. Kejayaan itu tidak terhenti setakat itu apabila Achey melancarkan lagu Sembuh…










