Siti Nurhaliza kongsi gambar, nama anak kedua - Utusan Malaysia

Siti Nurhaliza kongsi gambar, nama anak kedua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Genap tujuh hari usia putera, penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza berkongsi gambar dan pilihan nama untuk anak keduanya.

Memilih Muhammad Afwa, Siti Nurhaliza dan suaminya, Datuk Seri Khalid Mohammad Jiwa turut berkongsi makna Muhammad Afwa yang bermaksud keampunan atau kemaafan.

“Alhamdulillah, hari ini, suami dan saya ingin berkongsi wajah dan nama anakanda kedua kami.

“Muhammad Afwa lahir dalam bulan Ramadan, bulan keampunan dan di dalam doa malam Lailatul Qadar juga ada menyebut afwa.

“Afwa melengkapkan afiyah dan terdapat di dalam doa yang saya dan suami pilih iaitu doa yang saya muat naik di atas,” katanya.

Suri hati Malaysia itu selamat melahirkan bayi lelaki pada 19 April lalu di sebuah pusat perubatan di Selangor pada pukul 6.21 pagi.

Sementara itu, Siti Nurhaliza turt berkongsi, sunat menamakan anak yang baharu lahir dengan nama yang elok dan membawa makna baik kerana nama itu yang akan dipanggil di hari akhirat kelak.

“Semoga anakanda Muhammad Afwa sentiasa di dalam keampunan dan kemaafan Allah s.w.t. dan kita semua juga di dalam lindunganNya,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya