Siswa UUM pembentang kertas kerja terbaik - Utusan Malaysia

Siswa UUM pembentang kertas kerja terbaik

Muhammad Saniy Samsudin, (kanan) diumum sebagai Pembentang Kertas kerja Terbaik Persidangan Atas Talian pada Asia World Model United Nations Virtual Conference MMXXI baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM) Muhammad Saniy Samsudin, 23, diumumkan Pembentang Kertas kerja Terbaik Persidangan Atas Talian di Asia World Model United Nations Virtual Conference MMXXI pada 26 hingga 28 Mac baru-baru ini.

Beliau membentangkan kertas kerja bertajuk Krisis Ekonomi Global: Kesan Wabak Covid-19.

Siswa semester empat kursus kewangan ini adalah antara 740 perwakilan antabangsa dari 58 negara yang menyertai seminar membincangkan mengenai Krisis Ekonomi Global; Kesan Wabak Covid-19.

Muhammad Saniy yang juga Presiden Inapan Siswa MAS/TNB UUM berkata, persidangan itu berperanan membantu Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengumpul maklumat, memberi nasihat dan berperanan besar dalam menyeragamkan dasar-dasar dan mengkoordinasi fungsi-fungsi dalam PBB yang bertindih.

Katanya melalui dialog, pembentangan dan cadangan dalam persidangan itu diharap dapat membantu ahli jawatankusa Bank Dunia dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) ini.

“Peluang kali ketiga di peringkat antarabangsa ini bukan sahaja dapat berinteraksi dengan peserta dari luar negara malah dapat berbincang mengenai kesan ekonomi dunia kerana Covid-19,” katanya.

Sebelum ini Muhammad Saniy antara peserta terpilih menyahut cabaran membina potensi diri melalui penyertaannya dalam persidangan secara atas talian di Axiata Foundation University Leadership Development Programme (ULDP).

Ia diadakan bagi mengasah bakat kemahiran kepimpinan dan membina kemahiran kritikal seperti komunikasi, pemikiran kritis serta kreativiti yang meningkatkan prospek kerjaya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×