Nasi dagang tiga generasi - Utusan Malaysia

Nasi dagang tiga generasi

Nasi dagang kegemaran ramai.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Berbuka puasa dengan nasi dagang antara kelaziman ramai. Makanan tradisi popular di Terengganu ini bukan sahaja digemari penduduk tempatan, tetapi turut menjadi pilihan pelancong berkunjung ke Negeri Penyu Menangis ini.

Hari ini tidak sukar mendapatkan nasi dagang. Di mana-mana sahaja menu ini mudah di dapati. Namun yang menjadi kegusaran, sama ada ia menepati selera kita atau sebaliknya.

Minggu ini Seri bawakan resipi warisan tiga generasi yang boleh dicuba. Apa kata kita cuba sediakan buat hidangan keluarga berbuka nanti? Selamat mencuba.

Resipi nasi dagang vintage tiga generasi (hidangan untuk 10 hingga 15 orang)

Bahan-bahan untuk nasi:
 1 kilogram (kg) beras wangi
 0.3 liter santan
 sedikit halia
 sedikit bawang
 halba
 garam dan gula secukup rasa

Cara penyediaan:
1. Rendam beras selama 30 minit.
2. Masukkan beras dalam pengukus dan kukus selama 10 minit (atau hingga separuh masak).
3. Keluarkan beras daripada pengukus dan masukkan dalam bekas berisi air (biarkan tenggelam selama satu minit hingga kembang).
4. Masukkan semula beras ke dalam pengukus dan kukus hingga masak.
5. Masukkan hiris halia dan bawang merah dihiris dan taburkan ke dalam kukusan bersama halba.
6. Bila nasi masak, tuangkan ke dalam bekas.
7. Sediakan 0.3 liter santan dan campurkan sedikit gula dan garam.
8. Masukkan campuran santan ke dalam nasi, kemudian kacau hingga sebati.

Bahan-bahan untuk gulai
 ½ kg santan
 3 sudu rempah nasi dagang
 250 gram cili giling
 5 biji bawang merah (dikisar)
 3 biji bawang putih (dikisar)
 sebiji bawang besar (dikisar)
 sedikit halia (dikisar)
 sedikit lengkuas (ketuk)
 sedikit kunyit
 sedikit belacan
 asam keping
 sedikit gula nisang
 sedikit garam
 satu sudu kecil kerisik
 1.5 liter air

Cara penyediaan:
1. Masukkan air.
2. Masukkan 1/2 kg santan.
3. Masukkan rempah, semua bahan yang dikisar, kunyit, belacan, gula nisang, garam dan kerisik. Masak hingga naik minyak.

Bahan-bahan gulai ikan aya (tongkol):
 1 ekor kecil ikan aya
(1 hingga 1.5 kilogram)
 asam keping
 sedikit garam
 sedikit gula nisang
 sedikit lengkuas

Cara penyediaan:
1. Kukus ikan dan letakkan asam keping, garam, gula nisang dan lengkuas selama 15 minit (pastikan air kukusan sedikit dan kukus pada api sederhana).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN