Memang saya marah, tapi pada budak baru - Joe Flizzow - Utusan Malaysia

Memang saya marah, tapi pada budak baru – Joe Flizzow

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Disangka marah kerana dijadikan bahan troll di Twitter gara-gara seorang pembuli jalan raya mirip dirinya, penyanyi rap terkemuka negara, Joe Flizzow mengaku pada asalnya memang ada menulis dan berkongsikan emosi itu dalam media sosialnya.

Namun menurutnya, kemarahan itu bukan terhadap isu troll atau jenaka yang dibuat oleh warganet tentang dirinya, sebaliknya ditujukan kepada sekumpulan artis rap baru yang tidak sabar untuk meraih populariti.

“Orang ingat saya marah sebab kena troll dengan pakcik botak berbaju biru itu. Padahal seharian saya asyik gelak di rumah tengok kreativiti warganet kita ini. Tapi, betul, saya ada marah sebelum itu di Instagram mengenai sekumpulan budak baru.

“Tak mahu sebut nama, tapi isunya, mereka ini nak rakam lagu tetapi studio yang sepatutnya mereka pergi itu berkunci. Bila cuba hubungi penerbit, telefon pula dimatikan. Ya, saya faham jiwa masing-masing berkobar-kobar nak buat lagu.

“Tapi, tak perlu nak kecoh-kecoh dalam media sosial dengan caci maki. Sebelum ini mereka buat begitu, tapi kali ini saya kena tegur dan beri peringatan sikit,”katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Menurut Joe lagi, artis baharu tidak kira apa jua genre muzik yang dibawa, perlu sedar bahawa setiap perkara ada prosesnya, cabaran dan pengorbanan apalagi untuk menjadi anak seni juga bukan mudah.

“Ada orang bertuah. Baru jadi artis, populariti mencanak naik. Tapi kalau tak jadi macam itu, janganlah pula nak marah-marah. Mana ada orang sehari saja pergi sekolah, esok terus pandai?

“Saya sendiri selalu duduk bertanya dengan orang-orang lama, contohnya Amy Search dan dengar kisah susahnya nak jadi artis dulu. Saya mungkin tak susah macam dia, tapi masih ada cabaran yang perlu dilalui untuk berada di tahap sekarang.

“Dulu saya menghadap Roslan Aziz nak buat lagu, bukan sehari, enam bulan baru boleh buat lagu. Ini setakat pintu studio kunci sehari, nak melenting. Panjang lagi perjalanan ini,”katanya.

Dalam pada itu, mengulas mengenai isu troll pakcik botak, kat Joe, dia bersetuju dengan warganet kerana jika isu seperti itu tidak dihebahkan kepada umum, kelak mungkin perbuatan gangster atau pembuli jalanan semakin berleluasa.

“Baguslah jadi tular, biar si pelaku ditangkap atau tak buat lagi. Ini bukan soal seorang pembuli sahaja, saya sendiri pun pernah jumpa pembuli di jalan raya. Cuma bila saya turunkan tingkap, mereka tak jadi nak bulilah.

Semalam tular sebuah video di media sosial yang menunjukkan sekumpulan lelaki sedang menendang dan memecahkan cermin kenderaan di tepi jalan raya.

Seorang daripada suspek botak dan berkaca mata terbabit bagaimanapun secara tiba-tiba disamakan dengan Joe sehingga ada yang memuat naik gambar penyanyi dan individu tersebut sebelah menyebelah di media sosial.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya