Langsing dan cergas dengan zumba - Utusan Malaysia

Langsing dan cergas dengan zumba

Bagi satu sesi zumba antara tempoh 45 hingga 60 minit, ia mampu membakar sehingga 500 kalori.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Gerak tubuh menari mengikut ritma lagu.

Lenggok tubuh menari antara gerakan tangkas dan pantas ke perlahan. Gerakan dalam tempoh antara 30 minit hingga ke sejam merembes adrinalin ke seluruh tubuh. Penat tapi puas!

Semangat kian memuncak dengan setiap gerakan diiringi muzik Latin, kombinasi rentak rancak dan perlahan seperti hip hop, samba, salsa, mambo, seni bina diri malah irama tradisional turut menjadi pilihan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Zumba memiliki daya tarikan tersendiri.

Tanpa sedar kaki dan tubuh kita melenggok dan turut sama menturuti rentaknya. Ada yang kata zumba itu membangkitkan ketagihan! Apatah lagi kalau hasrat dihati untuk kekal langsing dan cergas.

1) Otot lebih kekar
Kurang melakukan senaman menyebabkan otot cenderung kendur dan lemak akan lebih kelihatan. Gerakan tarian zumba dapat mengencangkan dan menguatkan otot pada bahagian lengan, pinggang, kaki dan perut.
Pergerakan seperti gelekan pada bahagian pinggang dan punggung secara tidak langsung membuatkan badan menjadi langsing, ramping dan seksi.

2) Langsing lebih pantas
Zumba berupaya membakar kalori dan lemak.
Bagi satu sesi zumba antara tempoh 45 hingga 60 minit, ia mampu membakar antara 500 hingga 1,000 kalori.
Zumba sesuai diamalkan untuk interval training bagi membakar lebih kalori dan meningkatkan endurance atau ketahanan fizikal.

3) Seluruh tubuh bekerja
Sekiranya anda mencari jenis senaman seronok, santai dan menghiburkan, zumba adalah jawapannya.
Gabungan gerakan dapat membuat otot tubuh bekerja secara sempurna. Walaupun seluruh badan akan berasa penat, namun anda akan berasa puas.

4) Tingkat rasa bahagia
Sertai kelas zumba secara berkumpulan atau beramai-ramai akan membuatkan anda lebih bahagia. Ini kerana apabila anda gembira dan tersenyum, hormon dalam tubuh akan mengalir deras daripada kawalan kelenjar pituitari. Hormon tersebut mampu mencegah kemurungan dan menghilangkan tekanan. Anda turut berpeluang bersosial dengan rakan dan kenalan baharu.

5) Awet muda
Melakukan tarian zumba dapat meningkatkan motivasi dalam diri.
Semangat atau mod positif akan keluar sewaktu anda menggerakkan tubuh seiring rentak muzik.
Darah yang mengalir lancar selepas zumba akan menjadikan tubuh lebih sihat daripada hari sebelumnya. Otot wajah yang turut bergerak dan bergoyang ketika berzumba akan membuatkan anda tampak lebih muda.

ZUMBA:
Dicipta oleh Alberto ‘Beto’ Perez pada 1990-an.

Beliau adalah salah seorang penari dan koreografer di Columbia.

Senaman ini dipraktikkan di lebih 40 negara.

Segelintir menganggap zumba berat dilakukan kerana pergerakannya yang berulang kali dan memerlukan antara 30 minit hingga ke satu jam untuk dilakukan.

Antara manfaatnya ialah melancarkan peredaran darah dan oksigen ke seluruh badan serta membakar kalori.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini