Gel warna atau penapis warna yang juga dikenali sebagai gel pencahayaan adalah bahan berwarna lutsinar yang digunakan dalam persembahan teater, produksi acara, fotografi dan sinematografi untuk mewarnakan cahaya dan juga pembetulan cahaya.

Bagi penggunaan gel warna dalam fotografi, ia akan memberi kesan pencahayaan fotografi yang berbeza. Secara ringkasnya, gel adalah bahan berwarna lutsinar yang digunakan untuk mengubah suai lampu untuk fotografi dan sinematografi di mana gel warna akan diletakkan pada sumber cahaya seperti Lighting untuk menghasilkan kesan yang berwarna.
Gel berwarna akan menambahkan kesan dramatik ke atas subjek. Pemilihan warna yang sesuai juga menjadi salah satu faktor penting untuk menghasilkan karya yang unik dan menarik.









