Botol gadis berkimono SK-II - Utusan Malaysia

Botol gadis berkimono SK-II

Botol edisi terhad ini menampilkan gadis Jepun memakai kimono.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pengumpul botol cantik dan unik pasti gembira melihatkan kelalang SK-II Facial Treatment Essence, jenama dari Jepun, SKII ini.

Botol edisi terhad ini menampilkan gadis Jepun memakai busana tradisional negara itu dalam rona terang dan bertenaga.

Ia jelas menggambarkan keseronokan dan harapan dalam menanti kehadiran musim bunga ini.

Kekal sama sejak lebih tiga dekad lalu SK-II Facial Treatment Essence mengandungi lebih 90 peratus pitera iaitu bahan bio-semula jadi yang mengandungi vitamin, asid amino dan mineral. Ia merupakan produk SK-II yang ikonik dan terlaris.

Bahan utamanya iaitu Pitera, terdiri daripada bahan bio-semula jadi yang mengandungi lebih daripada 50 nutrien mikro, membantu mengekalkan fungsi semula jadinya, meningkatkan tahap hidrat dan menjadikan kulit licin, bersinar dan lembap.

Kisah menarik SK-II bermula di kilang pembuatan sake di Jepun, di mana saintis mendapati tangan pekerja tua di situ tampak lembut dan muda.

Mereka juga mendapati bahawa ini disebabkan oleh tangan mereka yang sentiasa bersentuhan dengan proses penapaian sake.

Saintis mengambil masa bertahun-tahun membuat penyelidikan tentang cara untuk mengasingkan ramuan terunggul SK-II, PITERA iaitu cecair yang terhasil daripada proses fermentasi yis.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN