Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) alternatif pembelajaran norma baharu. Sepanjang PdPR, guru, pensyarah dan pelajar berada dalam persekitaran kediaman masing-masing. Lokasi berbeza namun matlamatnya sama dalam proses menuntut ilmu. Berikut antara etika ketika mengikuti PdPR secara dalam talian: Salam – Menjadi kebiasaan pelajar memberi salam kepada guru dan pensyarah sebelum sesi mula pengajaran dan pembelajaran di sekolah dan universiti. Kebiasaan ini harus menjadi amalan biarpun ia kini berlaku secara…