Bye-bye kulit bermasalah! - Utusan Malaysia

Bye-bye kulit bermasalah!

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Nota: Pembaca paling banyak like dan share artikel ini di facebook Utusan Online dan Prestige Medispa berpeluang menerima hadiah bernilai RM500 berupa rundingan percuma, produk Kawsa dan rawatan seri wajah.

KULIT kering, berminyak, berjerawat dan sebagainya lagi memang menganggu hidup. Namun itu bukanlah penamat kehidupan. Masih ada banyak ruang untuk kita perbetulkan dalam mendapatkan kulit wajah idaman. Pengarah Prestige Medispa, Dr. Kauthar Ismail menjawab permasalahan berhubung kulit.

DR. KAUTHAR Ismail.

1. Kenapa kulit ada banyak ‘masalah’?
Kulit ada pelbagai jenis, ada kering, berminyak dan kombinasi. Tetapi jika terlalu kering, ia akan menimbulkan masalah kulit seperti radang, gatal, menggelupas dan boleh jadi luka juga.
Kulit kering – Kulit kerap rasa ketat, kasar, tegang dan gatal pada permulaannya. Sekiranya dibiarkan lama, ia boleh mengelupas dan mulai menjadi pedih. Jika tidak dijaga dengan baik, kulit akan mudah berkedut dan nampak lebih tua dari usia.

Kulit berminyak – Ia boleh menimbulkan masalah kulit seperti whitehead atau blackhead dan pori besar atau pori tersumbat. Malah ia boleh menimbulkan masalah seperti jerawat.
Oleh itu, adalah sangat penting untuk kita pastikan kulit berada dalam keadaan stabil, tidak terlalu kering atau berminyak.

Prestige Dermalinfusion, rawatan eksklusif
di Prestige Medispa. Impak kulit sihat dapat dilihat serta-merta selepas rawatan dilakukan pada wajah.

Untuk ketahui lebih lanjut dan lebih mendalam, boleh ke Prestige Medispa untuk buat analisis wajah. Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kami turut mengadakan virtual face analysis bertujuan membantu pelanggan memahami jenis kulit dan rundingan dalam mendapatkan produk perawatan wajah sesuai.

2.Jenis bahan perlu digunakan untuk mengawal setiap jenis masalah kulit?
Kulit kering – Guna pencuci muka lembut, tidak terlalu berbuih dan cari bahan-bahan yang boleh memberikan hidrasi semula kepada kulit seperti asid laktik yang terdapat dalam pencuci muka Kawsa Skincare.
Kulit berminyak – Pilih pencuci mengandungi salicylic acid. Ia berupaya mengawal penghasilan sebum (minyak) dan juga boleh mengawal jerawat.

3.Apa kojic acid dan alpha arbutin?
Bahan ini menghalang tyrosinase, sejenis enzim menyebabkan penghasilan melanin. Apabila proses ini dihalang, melanin tidak terbentuk, seterusnya jeragat tidak semakin teruk. Bukan sahaja jeragat, tompok gelap bekas jerawat juga mampu dirawat menggunakan bahan ini.

Selain itu, alpha arbutin juga bertindak sebagai antioksidan membantu melawan radikal bebas, seterusnya merawat kulit rosak akibat pancaran sinar UV. Kulit rosak boleh menyebabkan ia mudah mengalami garis halus, petanda penuaan awal.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN