Azam baharu sekadar gimik? - Utusan Malaysia

Azam baharu sekadar gimik?

PENULARAN pandemik Covid-19 telah membantu meningkatkan pertumbuhan industri teknologi maklumat dan komunikasi dalam negara. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

“Tahun baharu ini tahun untuk aku mencapai segalanya.”

Pasti ayat seperti ini sudah biasa kita dengar setiap kali tahun baharu menjengah tiba.

Namun, adakah azam ini satu keperluan atau sekadar gimik yang sudah menjadi trend? Jom kami kongsikan pencerahan daripada Ketua Profesion Pegawai Psikologi Kaunseling, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Ruhana Mahmod berhubung persoalan ini.

SERI: Keperluan atau trend ?
Ia boleh berlaku dalam dua keadaan iaitu: Trend dan Keperluan. Trend bila ia kerap di paparkan di media sosial oleh orang berpengaruh atau influencer. Antara contoh azam yang popular misalnya nak kurus, nak kaya, nak berjaya, nak kahwin dan sebagainya. Azam dan keinginan yang baik-baik itu adalah sesuatu yang digalakkan, asalkan kita kenal diri kita, apa kita mahu dan kita laksanakan strategi atau tindakan tindakan kecil untuk menuju ke matlamat kita sempena tahun baharu. Ia menjadi keperluan bila kebanyakan perkara dalam kehidupan kita mengaitkan pencapaian dan penetapan matlamat organisasi mahupun kehidupan peribadi individu mempunyai dateline tertentu menjadi penanda aras pencapaian.

Perlu atau tidak azam?
Sangat perlu! Sebaiknya mengambil semangat berubah menjadi lebih baik, bukan saja dari tahun lalu malahan lebih utama dan baik ialah setiap hari. Apa jua azam ditetapkan, hendaklah seimbang antara kecemerlangan dunia dan akhirat selari dengan hadis Nabi SAW bermaksud: Segala amalan itu dimulai dengan niat.

Bagaimana mengelakkan azam jadi omongan kosong?
Tetapkan atau betulkan niat, muhasabah atau lihat semula pencapaian mengikut kerangka masa agar trek laluan untuk mencapai matlamat tidak terpesong dan raikan diri sendiri agar pencapaian itu menjadi motivasi diri untuk kekal berada di tahap tinggi bukan di awal tahun sahaja. Misalnya memberi pujian kepada diri sendiri, meluangkan masa untuk diri sendiri dan sentuhan peluk diri.

Bagaimana menjadikan azam sebagai pembakar semangat, bukan satu bebanan?
Ubah matlamat menjadi pernyataan berfokuskan kepada identiti kendiri yang berkait kepada pencapaian matlamat. Contohnya, azam tahun baharu untuk sentiasa datang awal. Tukar kepada azam berasaskan identiti kendiri seperti: “Saya seorang yang menepati masa”. Maka, yang perlu dibentuk ialah karektor dan rutin. Kita akan sentiasa mengingati pernyataan ini untuk kita jadikan rutin harian tidak membuang masa, bersiap awal dan sentiasa berusaha untuk menjadi diri kita sepertimana yang dimatlamatkan itu. Tekanan positif akan mempengaruhi manusia berusaha mencapai azam sehingga berjaya.

Persiapan perlu membuat azam?
Lihat semula matlamat tahunan iaitu awal tahun dan pencapaian akhir tahun agar kita mampu mengubah suai azam tahun baharu. Tetapkan semula mengikut skop yang lebih jelas. Pastikan seimbang iaitu meliputi aspek fizikal, kesihatan, mental, emosi dan rohani.Matlamat atau azam dibuat hendaklah sesuatu yang tidak terlalu sukar untuk dicapai. Dalam erti kata lain, berpandukan ciri SMART (Spesifik, Measureable, achievable, Realistic and Time Bound).

———————————
Ruhana Mahmod memiliki kelulusan Pendidikan Bimbingan Kaunseling, Universiti Putra Malaysia dan Sarjana Psikologi Kaunseling, Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau memiliki 25 tahun pengalaman sebagai Pegawai Psikologi (Kaunseling) dalam bidang Pendidikan, Pengurusan Kesihatan, Perkhidmatan Kesihatan dan Hospital.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN