Rawat kulit kusam 10 kali lebih cepat - Utusan Malaysia

Rawat kulit kusam 10 kali lebih cepat

TIDAK seperti pencerah kulit yang lain, Neoglucosamine merupakan blok binaan bagi asid hyaluronik yang membantu memperbaharui kulit agar lebih segar dan berseri.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Kulit kusam apabila menginjak usia menjadi masalah umum wanita.

Gaya hidup dan tidak miliki banyak waktu menyebabkan rata-rata wanita terpaksa menjaga wajah asal ada.

Sayangnya, jelapang wajah tidak sebegitu. Organ itu memerlukan perhatian sebaik mungkin daripada pemiliknya.

Lebih-lebih sejajar peningkatan usia, penggantian permukaan kulit menjadi bertambah perlahan.

Ertinya bagi mendapatkan kulit segar dan baharu dalam kalangan wanita berusia, memerlukan tempoh lebih lama dalam proses rawatan.

Menerusi rangkaian pencerahan baharu, Neutrogena Bright Boost mampu menangani masalah kulit kusam pada masa sama menjadikan kulit berseri.

Sesuai untuk semua jenis kulit, keberkesanannya itu hasil dari bahan pencerah kulit terkini, dikenali sebagai Neoglucosamine.

Seperti mana asid hyaluronik meningkatkan penghidratan, gula amino unggul ini ‘menghidupkan’ kecerahan dan membantu menggantikan semula kulit.

Tidak seperti pencerah kulit yang lain, Neoglucosamine merupakan blok binaan bagi asid hyaluronik membantu memperbaharui kulit dalam merealisasikan tona wajah lebih sekata dan segar.

Penemuan ini hasil kolaborasi global pertama antara lima saintis wanita berbakat dari pelosok dunia yang berbeza iaitu Natali Abreu dan Anna Rose dari Amerika Syarikat, Carine Hardy dari Perancis, Anna Trondoli dari Brazil dan Diyana Sudarsono dari Singapura.

Mereka membangunkan rangkaian pencerah kulit universal memenuhi pelbagai keperluan daripada jenis kulit dan iklim yang berbeza. Harga ditawarkan bermula RM55 hingga RM95.

BAGAIMANA?

Lapisan atas kulit akan akan tanggal dan diperbaharui dengan sendiri, setiap 30 hari. Namun semasa proses tersebut, sel-sel lama ini kadang-kala tersekat, menyebabkan kulit kelihatan kusam.

TANGANI?

Sebagai pengelupasan tanpa asid, Neoglucosamine berfungsi dalam tiga cara mencerahkan kulit iaitu mengganti permukaan kulit 10 kali lebih cepat berbanding kulit tidak dirawat, memberi tona lebih sekata bagi mengurangkan penghasilan bintik hitam dan sebagai penghidratan untuk menjadikan kulit lebih

 

TIGA KAEDAH

1.GEL Neutrogena Bright Boost
» Merupakan langkah pertama sebagai penggelupasan. Ia dilengkapi dengan tiga kali kekuatan menggilap berbanding skrub biasa.
» Ia mengelupaskan kulit dan menghilangkan kusam serta merta sambil membersihkan kotoran.

 

2. Neutrogena Bright Boost Illumating Serum
» Berperanan meratakan tona dan tekstur kulit serta membantu mengurangkan bintik-bintik hitam dan hiperpigmentasi. Hanya sapukan empat hingga lima titik pada kulit setiap hari.

 

3. KRIM GEL Neutrogena Bright Boost
» Berupaya mengurangkan kekusaman dan bintik gelap dengan ketara untuk menghasilkan kulit licin dan berseri. Ia membantu kecerahan sepanjang hari dan petang bagi penghidratan berterusan.

 

PRODUK rangkaian pencerah kulit universal Neutrogena.
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×