Popular? Bakat lagi utama - Amrita Rao - Utusan Malaysia

Popular? Bakat lagi utama – Amrita Rao

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AKTRES Amrita Rao mula melangkah ke dalam dunia hiburan pada tahun 2002. Ketika itu belum wujud kemeriahan era media sosial yang kini bagai telah menjadi sebahagian daripada gaya hidup setiap orang.

Sebagai pelakon, Amrita sedar zaman sekarang sesiapa sahaja boleh meraih populariti dengan mudah tetapi kalau ingin menjadi pelakon, pastikan ia bergerak seiring dengan bakat.

“Sebelum era media sosial, setiap orang yang mahu menjadi pelakon atau anak seni akan dilihat dan dinilai dari segi bakat.

“Itulah yang berlaku pada saya ketika mula mengorak langkah dalam bidang ini apabila ramai mengenali saya kerana persembahan dan lakonan di layar perak.

“Sekarang berbeza, popular itu diukur menerusi penampilan mereka dalam media sosial,” katanya.

Menganggap tidak ada salahnya popular dengan cara itu, pelakon filem Ishq Vishk dan Masti ini berpendirian bakat tetap perlu menjadi keutamaan.

“Nak jadi pelakon kena asah bakat. Jangan ambil mudah aspek ini kerana kredibiliti seseorang pelakon itu terletak pada bakat dan hasil kerjanya, bukan cuma populariti,” katanya. – MINGGUAN MALAYSIA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.