Dua nama besar bergaduh: Jangan jadi batu api - Utusan Malaysia

Dua nama besar bergaduh: Jangan jadi batu api

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RASANYA isu perseteruan antara dua nama besar ini memang sudah lama dibahaskan. Namun, sama ada mereka berdua ini benar-benar bergaduh, Poklip tidak tahu. Hanya khabar-khabar angin cerita orang dalam sahaja kita dengar.

Cuma baru-baru ini, sekali lagi nama mereka menjadi perdebatan. Kelompok peminat masing-masing mula bercakaran. Balas-membalas di media sosial, mencetuskan perbalahan.

Memang menjadi lumrah, peminat mempertahan artis. Namun sekiranya pergaduhan itu berlarutan hingga mencemarkan nama baik insan seni kesayangan masing-masing, apa sudah jadi kan?

Tambah panas, jika ada pula unsur-unsur batu api yang mencetuskan lebih polemik dalam perseteruan itu. Nasihat Poklip, usahlah nak jadi batu api. Jangan tambah bara dalam api.

Kita tak usah bergaduh hanya kerana artis. Sokonglah mereka tetapi jangan sampai membawa rebah. Mereka mungkin tidak bergaduh pun. Mereka berbaik, saling menghormati.

Namun bukan Poklip mahu menyalahkan semua. Ada sahaja kelompok peminat yang tidak ambil port soal ‘gaduh’ ini. Yalah, pasal topi pun nak gaduh. Contoh! Tak merujuk mana-mana kes pun. Eh!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×