Artis mana hadiahkan kereta buat kekasih tu? - Utusan Malaysia

Artis mana hadiahkan kereta buat kekasih tu?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SERONOK Kekda melihat artis-artis muda bercinta. Tiada lagi istilah sorok-sorok, ibaratnya kalau boleh semua mahu dikongsi dengan peminat.

Paling cerdik sambil kongsi boleh buat duit sekali dengan wujudkan akaun YouTube. Bagi Kekda revolusi yang berlaku ini sedikit sebanyak membuktikan golongan artis kita ini semakin bijak dalam menjana sumber kewangan mereka.

Cuma itulah kalau bahan yang sama dimuat naik di akaun YouTube sebenarnya peminat bosan juga. Siapa sahaja nak tengok kisah manja-manja selalu, sebab itu kena bijak sediakan bahan yang sesuai.

Panjang pula membebel ya. Sebenarnya kisah yang mahu Kekda kongsi minggu ini mengenai pasangan kekasih yang kini sedang hangat bercinta.

Walaupun ramai yang tidak sedar akan kewujudan cinta yang tersemi ini, namun Kekda tidak rasa pun mereka ini cuba merahsiakan apa-apa.

Malah apa yang paling istimewa mengenai pasangan ini bagaimana masing-masing juga cukup menghargai satu sama lain. Baru-baru ini sempena hari istimewa, sebuah kereta menjadi bukti sayang si lelaki.

Kereta apa Kekda kurang pasti, namun dalam tempoh ramai artis yang terkesan dengan pandemik Covid-19 nampaknya ada rezeki berbeza buat pasangan ini. Apa-apa pun Kekda harap tahun hadapan ada berita gembira yang akan disampaikan mereka, kita tunggu sahaja. – MINGGUAN MALAYSIA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya