Lebih sembilan kali menghadiri sesi temuduga di syarikat media sama, bagi merealisasi impian bergelar personaliti televisyen!. Ia sudah cukup menjelaskan kecekalan pemilik hati – Revathy Mariappan. Personaliti televisyen ini ketika ditemubual mengakui bukan semua orang memiliki kekentalan jiwa dan semangat seperti dirinya. “Saya tidak berputus asa walaupun tidak berjaya kerana saya yakin boleh melakukannya. Sehingga kru-kru di tempat itu sudah mengenali saya kerana terlalu kerap menghadiri temuduga,” katanya tertawa besar…










