Taman Rimba, Sungai Pinang jadi tumpuan sejukkan badan

Taman Rimba, Sungai Pinang jadi tumpuan sejukkan badan

ORANG ramai tidak melepaskan peluang untuk berkelah dan mandi-manda di Taman Rimba Teluk Bahang, Pulau Pinang ketika cuaca panas. – UTUSAN/SAFINA RAMLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BALIK PULAU: Cuaca panas berpanjangan yang melanda Pulau Pinang sejak beberapa hari lalu menyebabkan orang ramai memilih pusat-pusat rekreasi semula jadi bagi menyejukkan badan selain meluangkan masa bersama keluarga.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, kawasan seperti Taman Rimba Teluk Bahang dan Pusat Rekreasi Sungai Pinang di Balik Pulau antara lokasi yang kerap menjadi tumpuan pengunjung, khususnya pada waktu tengah hari sehingga petang.

Di Taman Rimba Teluk Bahang, kehadiran pengunjung turut meningkat apabila orang ramai memanfaatkan cuti umum sempena Thaipusam untuk berkelah di kawasan sungai kerana laluan hutan itu yang tenang daripada kesibukan bandar.

Seorang pengunjung, Muhamad Aizul Muslim, 32, berkata, dia dan rakan-rakannya sering ke pusat rekreasi itu ketika cuaca panas untuk berkelah.

“Tempat ini memang jadi pilihan sebab udaranya lebih sejuk dan persekitarannya semula jadi.

“Walaupun ramai pengunjung, suasana masih nyaman. Kawasan hutan dan aliran air sungai membantu mengurangkan rasa panas selain sesuai untuk aktiviti santai bersama rakan dan keluarga,” katanya.

Sementara itu, di Pusat Rekreasi Sungai Pinang pula, orang ramai juga memanfaatkan masa yang terluang di situ untuk berkelah, mandi sungai dan berehat di bawah rimbunan pokok bagi mengelakkan bahang cuaca panas terik.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×