RASANYA bukan kali pertama Poklip dengar ‘aduan rakyat’ tentang pengacara seorang ini. Poklip tak ada masalah peribadi dengan dia, cuma entahlah kadang-kadang ada benarnya kata-kata warganet. Baru-baru ini Poklip ada menonton program realiti baharu, memang best’ Poklip puji objektif program tersebut. Cuma yang kurang sedap sikit bila pengacara macam terlebih sudu daripada kuah. Bukan apa, dalam mana-mana program realiti khususnya melibatkan nyanyian, pasti ada juri tetap yang mengadili persembahan. Macam…