Lenovo baru-baru ini mengumumkan laptop ThinkPad terbaru yang memberikan pengalaman produktiviti, jaringan dan penggunaan yang lebih cerdas dibuat untuk tenaga kerja masa depan.
Menerusi binaan X1 Carbon terbaru yang menjalankan Unit Pemprosesan Pusat (CPU) Generasi ke-10 Intel, Lenovo memperkenalkan platform komersial pertamanya daripada program Project Athena, yang bersedia untuk bekerja sepanjang hari dengan kemampuan kuasa bateri tahan lama.
Jajaran laptop komersial yang diperbarui juga menampilkan pembaharuan prosesor Intel Core Generasi ke-10 pada ThinkPad X1 Yoga premium, ThinkPad X390, dan ThinkPad T490.
Juga ditampilkan laptop ThinkPad L13 dan L13 Yoga baru bagi mereka yang mencari atribut ThinkPad yang berkuasa dan bernilai tinggi.
Direka khas berdasarkan prinsip dasar ThinkPad, laptop baru ini memenuhi impian tenaga kerja generasi baru dengan ruang kerja dinamik.
Individu mencari pekasasan kerja cekap dan pantas memang sesuai memiliki ThinkPad.










