Universiti Putra Malaysia (UPM) menyerahkan 1,000 face shield yang dihasilkan oleh 100 pelajarnya kepada Hospital Tawau, Sabah untuk kegunaan petugas barisan hadapan menangani pandemik Covid-19. Seramai 20 pelajar mengambil giliran menyiapkannya untuk tempoh lima hari, bermula 17 Oktober lalu dari pukul 9 pagi hingga 5 petang. Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UPM, Alif Akmal Omar berkata, MPP dan pelajar UPM berbesar hati dapat memberi sumbangan kepada petugas barisan hadapan…