PETALING JAYA: Gempa bumi lemah bermagnitud 3.3 direkodkan berlaku di perairan Batu Pahat, Johor pada pukul 1.17 pagi tadi.
Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) berkata, gempa bumi itu berlaku pada kedudukan 1.7 darjah Utara dan 102.7 darjah Timur.
Katanya, pusat gempa dikesan kira-kira 20 kilometer barat daya dari Batu Pahat pada kedalaman 10 kilometer.
“Gegaran mungkin dirasai di kawasan sekitar Batu Pahat, Johor.
“Kami akan terus memantau keadaan ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Met Malaysia berkata, penduduk yang merasai gegaran turut diminta mengisi borang kaji selidik melalui pautan https://forms.gle/CyUwHQE9LnyuWaJ37 bagi membantu penilaian lanjut. – UTUSAN










