MERAIKAN musim percutian, jenama penjagaan kulit global SK-II melancarkan SK-II PITERA Essence Street Art Edisi Terhad dalam kelalang cantik.
Keindahan seni itu adalah hasil ilhamkan seni jalanan yang menggambarkan keberanian dan edgy – sebagai hadiah terbaik dalam merealisasikan impian mendapatkan kulit jernih.
Kempen iklan bertenaga jenama itu turut menampilkan pelakon Haruka Ayase, Chloe Moretz dan Leah Dou beraksi lincah sambil memegang kelalang cantik SKII.
Kesemua selebriti itu berpadu suara dalam korus lagu untuk pertama kalinya menerusi lagu remix klasik ‘fantasi’ karya Mariah Carey. Ia dinyanyikan dalam tiga bahasa berbeza.
Kekal sama seperti 40 tahun dahulu. SK-II Facial Treatment Essence mengandungi lebih 90 peratus PITERA, iaitu bahan bio-semula jadi yang mengandungi vitamin, amino asid, dan mineral.
Ianya merupakan produk SK-II yang ikonik dan terlaris.

Bahan utamanya iaitu PITERA terdiri daripada bahan baio-semula jadi yang mengandungi lebih daripada 50 nutrien mikro, membantu mengekalkan fungsi semula jadinya, meningkatkan tahap hidrat dan menjadikan kulit licin, bersinar dan lembap.
Setiap pembelian edisi terhad ini dilengkapi dengan Furoshiki Edisi Terhad, pembersih wajah (20g), losyen rawatan wajah (30ml) dan krim muka (15g).
Ada tiga rekaan edisi terhad tersedia pada harga RM 759.










