Coway lakar kejayaan, catat peningkatan perniagaan - Utusan Malaysia

Coway lakar kejayaan, catat peningkatan perniagaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TIDAK dinafikan, dalam situasi pandemik Covid-19 yang dialami dunia pada waktu ini agak sukar bagi mana-mana pemain industri untuk terus menjaga keutuhan sesebuah organisasi.

Malah, fakta juga membuktikan bahawa pandemik yang berlaku adalah punca kelumpuhan sesetengah organisasi dan syarikat sehingga ada yang bertindak membuang pekerja atau paling drastik, gulung tikar.

Melihat kepada impak pandemik ini, siapa sangka, dalam waktu-waktu sukar ini syarikat pengguna dan isi rumah elektronik terkemuka, Coway Malaysia berupaya melakar kejayaan tersendiri.

Menerima anugerah kategori Juara Industri 2020, Coway Malaysia adalah antara 14 syarikat tempatan yang berjaya mara ke peringkat akhir bagi Majlis Anugerah Kelestarian dan Kecemerlangan Korporat Asia (ACES) 2020.

Pengarah Urusannya, Kyle Choi berkata, Coway Malaysia berbangga dengan pencapaian tersebut kerana ia membuktikan bahawa jenama itu terus diyakini dan dipercayai oleh jutaan penggunanya.

“Kami telah mengambil pelbagai langkah yang terbaik untuk memaklum dan menenangkan pengguna kami mengenai pelbagai informasi yang wajar mereka ambil tahu untuk kemudahan bersama,” katanya.
Menurut Kyle, pihaknya juga berbesar hati kerana rakyat Malaysia disifatkan sangat bertimbang rasa dan saling menyokong.

“Rata-rata pengguna barangan jenama ini sangat memahami dan memberi ruang kepercayaan buat kami dalam usaha menangani situasi sukar sepanjang negara berdepan dengan Covid-19.

“Jujurnya, seperti mana pemain industri lain, Coway Malaysia turut terkesan dengan situasi semasa pada permulaannya di mana jualan kami juga jatuh merudum.

“Ia disebabkan semua pihak harus akur dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diarahkan pihak kerajaan dan segala urusan perkhidmatan pemasangan, perawatan dan membaik pulih alat terpaksa dihentikan sementara waktu,” katanya.

Bagaimanapun, kata Kyle, hasil jualan menunjukkan peningkatan yang semakin baik dari semasa ke semasa dengan penekanan aspek kualiti udara dalam rumah termasuk air minuman secara menyeluruh.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×