Artis Pujaan wajah filter - Utusan Malaysia

Artis Pujaan wajah filter

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BARU-BARU ini Kekda dapat e-mel daripada seorang pembaca Pancaindera. Merupakan peminat kepada seorang artis baharu, kongsi pengirim emel ini dia sebagai lelaki memang suka sangat stalk artis wanita ini. Menolak bakat, kongsinya apa yang paling disukainya tentulah kecantikan yang dimiliki selebriti ini.

Mahu dijadikan cerita, suatu hari dia berpeluang bertemu dengan artis wanita ini secara berdepan. Apa yang cukup mengejutkan si pengirim emel ini bagaimana dia berasa sungguh tertipu dengan apa yang dilihatnya di Instagram sebelum ini.

Jelasnya, walaupun artis wanita ini bersolek namun wajahnya tetap berbeza daripada gambar yang dikongsinya setiap hari di Instagram.

Senang cerita tidaklah secantik mana pun artis wanita pujaannya selama ini. Jadi dia rumuskan memang apa yang dilihatnya selama ini rupanya fake selain selebriti ini juga memang menggunakan filter sahaja dalam setiap gambarnya.

Mula-mula membaca e-mel ini memang Kekda mahu gelak, tetapi membayangkan sikap seorang lelaki yang hanya mengagumkan kecantikan luaran sahaja, Kekda nak ucapkan “sesuai muka” encik!

Apalah yang mahu dibanggakan dengan kecantikan luaran ini, sepatutnya yang diraikan bakatnya.

Namun hendak salahkan peminat juga tidak boleh, memang penampilan memainkan peranan utama populariti seorang selebriti.

Jujurnya, Kekda memang pernah berada dalam situasi yang sama, tengok di Instagram terletak sungguh dagu dan hidung, belum lagi kulit wajah licin bak porselin namun bila bertemu rupanya-rupanya selama ini hanya filter sahaja!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×