Bahang panas matahari umpama ‘sauna’ semula jadi sudah biasa bagi anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) dari unit Tiger Platoon ketika melakukan Ronda Jalan Kaki (RJK) di sempadan Malaysia-Thailand di Kelantan. Malah hujan ibarat ‘titisan’ embun pagi yang mampu meredakan ‘tekanan’ ketika menjalankan tugas dalam Op Wawasan dan Op Benteng Covid-19 kawasan tanggungjawab bermula dari Pengkalan Kubor, Tumpat sehingga ke Rantau Panjang. Berbekalkan cogan kata ‘Berani, Cekal dan Setia’ anggota Tiger…










