Petanda dah ada, kahwin saja lah - Utusan Malaysia

Petanda dah ada, kahwin saja lah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Michael Ang yang membuka cerita, agaknya sampai sudah pelakon Uqasha Senrose dan Kamal Adli tak akan mengaku.

Menerusi sebuah video yang dimuat naik dalam Instagram, Michael memprovokasi pasangan tersebut untuk berkata benar jika mereka telah menghadiri kursus pra-perkahwinan baru-baru ini di Kuantan, Pahang.

Mula-mula macam tak mahu jawab. Biasalah artis. Kemudian setelah ditekan-tekan oleh Michael, Uqasha akhirnya membuka mulut dan berkata ia cuma kursus sahaja.

Biarpun kata-katanya itu ringkas, tetapi itu dah cukup untuk memberi gambaran pada semua khususnya peminat bahawa mereka sudah ada perancangan untuk berumah tangga.

Sekali gus, membuktikan bahawa kedua-duanya memang menjalin hubungan cinta selama ini walaupun cuba disorok-sorok.

Alahai.. Bukan buat benda tak baik bukan? Punyalah ramai yang mahu melihat mereka akhirnya bernikah, okay apa?

Lebih-lebih lagi Kamal. Kalau dulu bercinta asyik tak jadi saja, kali ini bagi jadilah! Lama membujang pun tak seronok ye tak? Ha.. kahwin sajalah dengan Uqasha tu.

Cantik pun cantik. Ingat, kalau tunggu lama-lama takut nanti dikebas orang. Eh, macam lagu pula ya. – MINGGUAN MALAYSIA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.