Penghidap kanser payudara metastatik tunggu ajal? - Utusan Malaysia

Penghidap kanser payudara metastatik tunggu ajal?

mBC dianggap sebagai peringkat penyakit tidak dapat dirawat kerana ia sudah merebak ke organ badan yang lain.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Dianggarkan lebih 30 peratus pesakit kanser payudara tahap awal menghadapi penyakit payudara metastatik (mBC).

mBC adalah peringkat penyakit tidak dapat dirawat dan ia menjadi punca kematian kedua tertinggi disebabkan kanser dalam kalangan wanita.

Presiden Persatuan Kebajikan Kanser Payudara Malaysia (BCWA), Ranjit Kaur berkata, dalam usaha membantu BCWA menjalin kerjasama dengan Pfizer Malaysia melancarkan kempen #Unpause.

Katanya, inisiatif kempen itu membantu memperkasa kehidupan pesakit kanser mBC.

“Menerusi kempen ini kami galakkan pesakit mendapatkan rawatan melalui kaedah digital bersepadu melalui hub maklumat digital. Ia tersedia untuk pesakit, penjaga dan juga pakar penjagaan kesihatan,” katanya dalam majlis pelancaran #Unpause yang dijayakan secara maya, di ibu negara baru-baru ini. Turut hadir Perunding Klinikal Onkologi, Dr. Malwinder Singh.

RAWATAN BERTERUSAN
Ranjit berkata, sokongan berterusan diperlukan pesakit kerana menghadapi realiti sebagai penghidap mBC bukan mudah.

“Pesakit akan melalui perasaan takut, gelisah dan resah. Tidur mereka terganggu dan perasaan panik akan kerap muncul kerana mereka menganggap diagnosis mBC umpama hukuman mati.

Kempen itu bertujuan meningkatkan kesedaran mBC dalam kalangan masyarakat, dalam masa sama membendung gangguan rawatan disebabkan pandemik Covid-19.

Ranjit berkata, inisiatif itu dicipta untuk masyarakat dengan kehidupan yang semakin mudah alih dan berpandukan teknologi, serta mematuhi amalan penjarana fizikal.

“Ia berpaksikan hab maklumat digital thrive-malaysia.com. Di situ ada maklumat mengenai mBC, pilihan rawatan, kumpulan sokongan dan bantuan. Rakaman video dari pesakit MBC untuk membantu pesakit lain turut dikongsikan di situ,” katanya.

Ranjit berkata, ia adalah suatu keperluan di mana sebelum ini, pesakit mBC disisihkan dalam perbualan mengenai kanser payudara sungguhpun mBC adalah tahap kanser payudara paling serius.
“Malangnya tiga daripada lima responden dalam kajian selidik BCWA pada 2019 menyatakan mereka tidak tahu mengenai MBC,” katanya.

Sementara itu, berdasarkan kaji selidik Cancer Research Malaysia pada April lalu mendapati hampir separuh pesakit khuatir mengunjungi hospital berikutan bimbang dijangkiti Covid-19.

Dr. Malwinder berkata, kebanyakan hospital dan klinik kanser mengambil langkah diperlukan untuk mengurangkan kadar jangkitan.

Katanya, ada sesetengah pusat rawatan menawarkan temu janji secara dalam talian dan pesakit disyorkan menghubungi penyedia penjagaan kesihatan masing-masing mengenai lawatan selamat ke hospital dan pilihan yang disediakan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×