Magis terapi bunyi dalam merawat diri. - Utusan Malaysia

Magis terapi bunyi dalam merawat diri.

Jajah Minda Diri (JMD) semakin mendapat sambutan dalam kalangan mereka yang ingin mendapatkan rawatan alternatif.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Bukan sesuatu luar biasa dalam kalangan masyarakat Melayu mempercayai perubatan alternatif.

Ia menjadi pilihan sekira­nya sesuatu penyakit itu tidak boleh ‘dikesan’ oleh hospital.
Malah kaedah itu dilihat sebagai suatu ikhtiar, asalkan tidak bertentangan dengan agama Islam.

Salah satu terapi kian mendapat perhatian dalam kalangan masyarakat Melayu ialah terapi bunyi.

Pengasas Jajah Minda Diri (JMD), Syed Abib Ali mendakwa kaedah itu tidak jauh berbeza dengan kaedah terapi menggunakan ayat al-Quran dalam perubatan Islam, malah ia sudah dikenali di seluruh dunia dalam kalangan profesional.

Cuma katanya, kaedah itu diperkemaskan lagi dengan menyuntik pengetahuan dan kefahaman dalaman buat pesakit ketika menjalani terapi bunyi.

“Terapi ini sudah lama dikenali di Barat dan dalam kalangan Cina dan India, tetapi ia masih baharu dalam kalangan masyarakat Melayu.

“Sebetulnya konsep terapi ini, selari dengan amalan Islam yang diterjemah dalam bentuk sains. Di mana apabila alat muzik seperti gong dimainkan misalnya, ia mampu menghasilkan getaran untuk merangsang saraf seterusnya membantu pengaliran darah pada anggota badan pesakit,” katanya kepada Utusan Malaysia baru-baru ini.

Beliau mempraktikkan rawatan itu sejak dua tahun lalu. Rawatan berkenaan terbahagi kepada empat bahagian iaitu kenali diri, kerohanian, zikir terapi dan mandian bunyi (sound bath).

“Tarikan terapi ini ialah sound bath iaitu proses menyenangkan diri menggunakan kaedah gong dan mangkuk kristal. Frekuensi yang dihasilkan, mampu menghantar getaran mesej ke otak yang akan menurunkan gelombang otak dalam lima fasa berbeza iaitu Beta, Alpha, Theta, Delta dan Gamma.

“Setiap jenis gelombang otak ini saling berkolerasi dengan kondisi mental pesakit dalam keadaan berbeza,” katanya. Selain daripada gong dan mangkuk kristal, instrumen lain digunakan ialah mangkuk himalaya, hand drum, tounge drum, ocean sound dan bunyi alam.

Perasaan tiada bahasa

Syed Abib
Syed Abib melakukan rawatan terapi bunyi.

Menyedari kaedah ditampilkan itu agak ‘berbeza’ daripada rawatan biasa, Abib bagaimanapun menafikan ia dikaitkan dengan mistik.

“Saya tidak mengubati pesa­kit, tetapi mengajar pesa­kit bagaimana untuk mengubati diri sendiri. Harus diingat, perasan tiada bahasa. Justeru saya ajar pesakit bagai­mana mengatasi masalah dan menghadapinya dengan mengubati perasaan daripada dalaman.

“Di mana otak akan mengeluarkan sel tonik yang disalurkan ke tempat yang kita rasa sakit dan apa yang kita bayangkan setelah dibangkitkan emosi itu.

“Saya ajar pesakit apa itu perasaan dan cinta pada Allah SWT, bukan sekadar cakap di mulut dan hati. Sebab itu saya katakan, rasa tiada bahasa,” katanya.

Menekankan aspek kepen­tingan untuk belajar dan ambil tahu, kongsi Abib, apa yang dipraktikkan ini tidak ada kaitan dengan budaya atau agama lain malah, ia sudah ada dalam perawatan Islam itu sendiri selain sains.

“Jangan malas belajar sebaliknya cari pengetahuan. Semua dipraktikkan dalam konsep terapi ini sebenarnya menjadikan seseorang itu lebih mengenali diri dan tuhan,” katanya.

Malah Abid pernah bertanya kepada seorang ustaz popular tanah air mengenai rawatan ini, di mana ustaz berkenaan mengesahkan terapi bunyi tidak salah dan ada dalam konteks al-Quran.

Yakin berdasar pengalaman sendiri

Berkongsi pengalaman terapi berkenaan, Abib menjelaskan dirinya mulai mencuba kaedah terapi bunyi selepas diuji dengan kesihatan diri dan masalah peribadi sehingga hampir kehilangan empayar perniagaannya keluarganya jenama Jamu Mak Dara (JMD).

Selepas diperkenalkan oleh seorang sahabat, Abib melihat kaedah rawatan ini juga membuka satu laluan baru untuk lebih mengenali diri dan percaya bahawa setiap ujian Allah SWT ada hikmah.

“Saya hampir hilang semuanya, saya diam dan diuji sakit. Dalam pada itu saya meneliti satu persatu kaedah untuk mendapat semangat dan jiwa dari dalam.

“Alhamdulillah, saya bertemu dengan kaedah ini. Saya cuba, dan dengan izin Allah saya lalui hari dengan lebih positif dengan saya yang baharu,” katanya.

Rentetan itu, dia kemudiannya berniat mahu berkongsi ilmu dimiliki dengan orang ramai yang berminat serta memerlukan.

“Saya turut mendapat undangan persendirian oleh beberapa rakan dan individu yang serasi dengan tetapi ini.

Lebih penting lagi, semua ini daripada Allah yang sentiasa mahu hamba-Nya berusaha,” katanya.

Mengakui gembira apabila mendapat maklum balas positif, beliau berkata: “apabila diri kita positif, apa yang kita sangka mustahil sebenarnya tidak mustahil”.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×