RUU gangguan seksual perlu babit transgender - Utusan Malaysia

RUU gangguan seksual perlu babit transgender

GANGGUAN seksual tidak terhad kepada wanita sebaliknya turut boleh berlaku kepada lelaki dan transgender. – Gambar hiasan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

oleh Dr. Muzaffar Syah Mallow

Cadangan Rang Undang-Undang (RUU) bagi membendung masalah gangguan seksual yang sedang diusahakan pada masa kini oleh pihak Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat (KPWKM) dan beberapa buah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) perlu meliputi perlindungan kepada golongan transgender.

Sebarang bentuk ejekan yang berbentuk seksual terhadap golongan berkenaan perlu dijadikan sebagai kesalahan dan tindakan undang-undang perlu dibenarkan untuk diambil di bawah cadangan RUU berkenaan.

Ejekan seperti pondan, bapok, kunyit, lembik, mat kepit, sotong dan sebagainya yang selalu digunakan bagi merujuk golongan itu, perlu dibendung sepenuhnya dalam negara kita kerana ia bukan sahaja boleh menjatuhkan maruah mangsa, sebaliknya tekanan terhadap ahli keluarga mangsa.

Perlu diketahui, mangsa gangguan seksual bukan hanya terdiri daripada mangsa wanita, gangguan seksual juga boleh berlaku kepada golongan lelaki dan transgender.

Gangguan seksual ini juga boleh berlaku kepada golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) kerana seksual orientasi mereka. Ia tidak boleh dibenarkan berlaku terhadap mana-mana pihak kerana ia boleh mengundang kepada pelbagai masalah buruk kepada diri mangsa, ahli keluarga dan orang sekeliling.

Akta sedia ada miliki kelemahan

Merujuk sebarang bentuk perkataan atau tingkah laku berunsur seksual yang tidak diingini dan memberi kesan sebagai satu gangguan sama ada secara lisan, bukan lisan, visual, psikologi atau fizikal kepada diri mangsa.

Perlu diketahui, pada masa kini tiada akta khusus mengatasi masalah gangguan seksual dalam negara kita. Justeru, mangsa perlu mengambil langkah perudangan melalui beberapa jenis saluran peruntukan undang-undang sedia ada.

Namun ia memiliki kelemahannya seperti seperti Akta Kerja 1955, Akta Perhubungan Industri 1967, Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerja 1994 dan Kanun Keseksaan.

Antara kelemahannya ialah termasuklah dari aspek syarat beban pembuktian yang tinggi.

Ia menyebabkan mangsa menghadapi kesukaran membuktikan dakwaan kes gangguan seksual berlaku terhadap dirinya.

Prosedurnya turut tidak sesuai dalam mengendalikan kes gangguan seksual yang sensitif dan kompleks.

AKTA KHUSUS

Kerajaan digesa supaya memperkenal akta khusus berkaitan dengan isu gangguan seksual seperti yang dicadangkan oleh NGO supaya masalah ini dapat diselesai mengikut peruntukan undang-undang lebih jelas tanpa menumpang atau menggunakan akta lain (seperti dinyatakan di atas) yang jelas mempunyai kelemahan.

Untuk makluman, pada masa kini sebuah cadangan akta khusus mengatasi masalah gangguan seksual sedang giat diusahakan untuk dibentangkan sebagai Rang Undang-Undang (RUU) dalam negara kita.

Undang-undang khusus bagi mengatasi masalah gangguan seksual yang ingin diwujudkan ini mempunyai dua matlamat penting.

LINDUNGI MANGSA

Pertamanya, ia mengkehendaki setiap pihak mengambil langkah proaktif mencegah gangguan seksual daripada berlaku dan keduanya ia menyediakan pihak mangsa satu bentuk pembelaan undang-undang lebih sesuai, berkesan dan bermakna berbanding peruntukan undang-undang sedia ada pada ketika ini.

Oleh yang demikian, adalah penting supaya sebuah peruntukan khas diwujudkan bagi mengatasi masalah gangguan seksual dengan lebih berkesan.

Apa yang paling penting adalah pihak mangsa gangguan seksual kelak, tidak merasakan diri mereka tidak mempunyai harapan untuk membawa kes serta mendakwa pelaku gangguan seksual ke muka pengadilan.

 

Gangguan seksual
» Boleh berlaku sekali atau berulang kali.
» Boleh berlaku pada semua orang.
» Boleh berlaku di mana sahaja.

Jenis
» Lisan – Kata, komen, gurauan, usikan, bunyi dan soalan berbentuk ancaman atau cadangan seksual.
» Isyarat- Bukan lisan contohnya pandangan atau jelingan membayangkan sesuatu niat atau keinginan. Perlakuan menjilat bibir, memegang, makan dengan cara menggoda, isyarat tangan atau bahasa isyarat membayangkan      perlakuan seks.
» Visual – Menunjukkan bahan lucah, melukis, menulis surat berunsur seksual, mendedahkan anggota yang tidak sepatutnya didedahkan.
» Psikologi – Memujuk rayu berterusan untuk keluar bersama atau untuk bercumbuan.
» Fizikal  – Sentuhan yang tidak diingini seperti menepuk, mencubit, mengusap, menggesel badan, memeluk, mencium atau melakukan serangan seksual

 

Penulis ialah Pensyarah Kanan, Fakulti Syariah & Undang – Undang (FSU), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya