Perspektif ekonomi mendedahkan harga emas berpotensi melepasi paras RM300 segram tahun ini ekoran sentimen tidak menentu dalam pergerakan nilai dolar Amerika Syarikat (AS) yang memberi manfaat besar kepada komoditi itu.
Daripada kacamata wanita, meskipun dunia dilanda pelbagai badai termasuk pandemik Covid-19, minat terhadap logam itu tidak pernah surut.
Kegilaan wanita terhadap logam berharga itu menyebabkan ada yang rela mengikat perut, asalkan dapat membeli koleksi diidamkan.
Ia dibuktikan dengan koleksi barangan kemas ilham jenama baharu dalam dunia perhiasan wanita, Makmur Gold yang mendapat sambutan cukup menggalakkan.
Aneka potongan ditawarkan dalam koloksi gelang dan rantainya seperti pulut dakap, biskut tawar dan sarang lebah mendapat sambutan di luar jangka.
Koleksi emas 916 ini memiliki ketelitian daripada segi potongan.
Gandingan emas putihnya dengan ukiran pelbagai tambah indah apabila disimbahi cahaya.
UPAH PERCUMA
Pengerusi Eksekutif Makmur Gold Holding Sdn. Bhd., Hishamuddin Abdullah berkata, jenama itu menawarkan konsep emas murah patuh syariah dan upah percuma.

“Ia berikutan kebanyakan barangan kemas dibuat menggunakan mesin. Berbeza sekiranya ia adalah buatan tangan, memerlukan tenaga manusia dan mengenakan kadar upah tertentu,” katanya.
Keunikan ditawarkan kedai itu menyebabkan jenama pantas berkembang.
EMPAT CAWANGAN
Sejak diperkenalkan tahun lepas, ia berjaya membuka empat cawangan masing-masing satu di Kelantan, Pahang, Terengganu dan Selangor dengan jumlah lebih 80 kilogram.
Syarikat katanya, sentiasa berusaha menampilkan rekaan baharu dan segar.
“Kebanyakan rekaan diilhamkan daripada persekitaran kita yang sangat unik dengan kepelbagaian budaya,” katanya.
ELAK TERTIPU
» Beli emas dengan syarikat yang memiliki premis atau kedai fizikal.
» Elak berurusan dengan pihak menawarkan keuntungan emas sehingga tiga atau empat kali ganda keuntungan.
» Uji emas dengan magnet, sekiranya logam melekat dengan magnet, tandanya ada bahan seperti besi dimasukkan ke dalam aksesori berkenaan.









