Pengarah berubah hati? - Utusan Malaysia

Pengarah berubah hati?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BERAT rasanya untuk Poklip tuliskan khabar angin yang tersebar ini. Segalanya bermula apabila Poklip menerima satu pesanan daripada rakan dalam industri seni juga.

Memang terkejut. Mana tidaknya, dakwa si polan itu, ada seorang pengarah dan pelakon tersohor dikhabarkan sedang menjalinkan hubungan cinta dengan anak kepada seorang pelakon. Biar betul!

Mula-mula dengar dakwaan ini, memang Poklip sangkal. Walaupun tidak kenal pengarah itu dan isterinya secara rapat, tetapi Poklip sebolehnya tidak mahu percaya tentang dakwaan tersebut.

Dakwa si polan itu, pengarah dan wanita tersebut sudah lama kenal. Tambah mengejutkan, dakwa si polan, isterinya juga tahu tentang skandal suaminya itu. Meremang bulu roma Poklip bila dengar.

Malah, pelakon cantik itu juga dikatakan pernah berjumpa dengan wanita tersebut dan berbincang tentang hubungan sulitnya dengan pengarah hebat itu.

Benda begini kita tak boleh serkap jarang tau. Mana tahu ada individu yang saja buat cerita untuk rosakkan hubungan suami isteri itu. Dengki dan busuk hati manusia kita tak boleh dijangka tau.

Apa pun, kita doakan yang terbaik untuk pasangan suami isteri itu, Harapnya desas-desus itu hanyalah satu andaian yang terbang ikut arah angin. Lama-lama, berhentilah itu.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×