Hidangan kaya keju, cita rasa asal Korea - Utusan Malaysia

Hidangan kaya keju, cita rasa asal Korea

penyelia cawangan, Nurul Najihah Ahmad Shukri menunjukkan menu wajib yang menjadi pilihan utama pelanggan yang diubahsuai mengikut cita rasa tempatan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Fenemona K-pop sekiranya dilihat dari sudut positif membawa kebaikan bukan sahaja dari segi industri hiburan tetapi turut memberi impak dalam bidang produk makanan dan minuman.

Peminat K-pop bukan sahaja hanya fokus semata-mata kepada artis kesayangan, malah mereka dalam masa sama mencuba untuk blend secara keseluruhan termasuk meminati makanan yang berasal dari Korea sehingga kebelangkangan ini tumbuh bagai cendawan pelbagai restoran dengan membawa konsep makanan dari negara itu.

Namun, berbeza dengan restoran Tae Yang Island yang terletak di Shaftsbury Square, Cyberjaya. Ia mula beroperasi sejak Mei 2017 sebelum tercetusnya fenemona K-pop di negara ini dengan memperkenalkan varieti keju terkenal dan street foods negara itu.

Kelebihan kemeriahan K-pop secara tidak langsung membantu operasi perniagaan yang sentiasa dicari oleh penggemar makanan Korea.

Menurut Pengurus Operasinya, Nelson Lee, konsep menu makanan tengah hari segera yang diperkenalkan restoran itu menjadi pilihan utama bagi pelanggan yang rata-ratanya terdiri daripada kakitangan awam dan swasta berdekatan ketika hari bekerja.

                                                            NELSON LEE

“Ini kerana mereka mahukan sesuatu yang pantas tetapi mengenyangkan. Justeru kami memperkenalkan set ini bagi mereka yang tidak memiliki masa yang panjang untuk menikmati menu utama di restoran ini.

“Bukan itu sahaja kami turut memperkenalkan makanan ringan dengan menu utama dari keju,” katanya yang ditemui Utusan Malaysia baru-baru ini.

Bagi yang berminat, penulis mencadangkan untuk menikmati TeaYang Tteokbokki Stew Cheese Pot yang terdiri daripada pelbagai jenis sayur, daging, ayam nasi dan ‘dibanjiri’ dengan keju di sekeliling periuk.

Setiap gigitan dipenuhi dengan pelbagai rasa yang unik tetapi sangat menarik dan percaya atau tidak penulis tidak puas menikmati satu set itu, ditambah pula dengan suasana nyaman restoran.

Dalam pada itu, set kepak ayam istimewa yang dengan tiga perasa iaitu asli, sos soya dan pedas amat sedap dinikmati sehingga menjilat jari.

Bagi penggemar daging, anda boleh mencuba Beef Bibimbap yang dihidangkan dalam mangkuk dipenuhi pelbagai sayur yang segar dan telur, dihidang bersama nasi ketika masih panas yang rasanya amat memukau.

Setiap hidangan dipenuhi dengan citarasa yang lazat dan pelanggan pasti menikmati kepuasan kerana hidangan dihidangkan dengan jumlah yang banyak dan sempurna.

Bagi peminat mi ramen pula, jangan lepaskan peluang menikmati hidangan set Cheesy Roasted Spicy Chicken Ramyeon yang kaya dengan cita rasa asli Korea disulam dengan chocolate milkshake atau air buah naga bercampur laici yang sangat menyegarkan.

“Kesemua makanan ini dimasak oleh cef yang pernah bekerja bertahun-tahun di restoran di Korea. Oleh kerana itu, setiap hidangan tidak lari daripada rasa asli Korea cuma diubah sedikit bagi memenuhi rasa orang tempatan.

“Seperti contoh, makanan Korea kebanyakannya menggunakan alkohol dalam masakan dan tidak sesuai untuk orang tempatan di sini. Oleh itu, cef mengolah menu tersebut menggunakan bahan halal bagi memenuhi kehendak pelanggan Islam” jelasnya.

Nelson menambah, pemilik restoran berhasrat membuka cawangan restoran di Putrajaya tahun hadapan dengan sasaran pekerja sektor kerajaan dan keluarga yang tinggal berhampiran.

Restoran tersebut antara yang menerima sijil halal Jakim.

“Saya rasa kurang lima buah restoran yang telah mendapat sijil halal di negara ini,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.