Melangkah anggun dengan senyuman manis terukir di wajah, tidak keterlaluan jika ada yang melabel pelakon ini sebagai bintang seni yang bakal bergelar seorang primadona. Namun, itu jika dia bijak melukis kanvas seninya. Sementelah, dunia seni dinihari tidak seperti dahulu. Kejayaan seseorang diukur selari bakat dan populariti dalam media sosial. Maka, sukar untuk kita menentukan hayat seseorang dalam industri. Bersua bicara dengan Amyra Rosli, tutur kata sopan dan lembutnya pasti mencuri…