Skuad Saidina Umar LZS tangani kes kritikal - Utusan Malaysia

Skuad Saidina Umar LZS tangani kes kritikal

SSU membuat bancian seorang asnaf di Rawang, Selangor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DALAM memikul amanah dan tanggungjawab mengagihkan zakat kepada asnaf yang memerlukan, Lembaga Zakat Selangor (LZS) mengambil pendekatan dengan menubuhkan Skuad Saidina Umar (SSU).

Dengan menginspirasikan semangat Saidina Umar Al-Khattab, skuad khas yang ditubuhkan sejak 2017 itu berperanan dalam menangani aduan dan kes kritikal yang memerlukan siasatan segera.

Skuad khas ini akan menyiasat kes-kes tular di media sosial, media massa, gelandangan, tempat tinggal dan juga kes kritikal.

Ketua Divisyen Operasi Agihan Asnaf LZS, Abdul Basith Hamid berkata, objektif utama penunuhan SSU adalah menyelesaikan aduan yang diterima dalam tempoh satu hari melalui proses carian, pendaftaran dan siasatan bagi setiap aduan.

 

Abdul Basith Hamid

 

Menurutnya, gerak kerja SSU ialah sejurus menerima aduan termasuk menerusi kaunter aduan cawangan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), skuad ini akan melakukan semakan terlebih dahulu.

“Semakan dilakukan bagi mengenal pasti status aduan sebelum aktiviti di lapangan dijalankan seperti pengisian borang permohonan dan bantuan. Setiap dokumen perlu dilengkapkan bagi memudahkan permohonan diproses.

“Skuad ini akan menjalankan siasatan dalam tempoh 24 jam dari tempoh aduan diterima bagi mengenal pasti jenis bantuan yang sesuai untuk disalurkan kepada mereka yang memerlukan.

“Selepas siasatan dijalankan, status aduan diperoleh dan bantuan akan diserahkan. Namun, bagi kes kritikal dan perlu diberi keutamaan, kita memberikan sumbangan kecemasan berjumlah RM500,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Dalam pada itu, Abdul Basith berkata, SSU menerima 360 kes sehingga Jun tahun ini dan berlaku penambahan berikutan berlakunya Covid-19.

“Pada Januari, kita menerima 65 kes dan Februari (63 kes) dan pada Mac pula hanya 38 kes.

“Bagaimanapun, penambahan mendadak berlaku pada April dengan mencatat 97 kes diikuti 66 kes pada Mei dan 31 pada Jun lalu.

“Cabaran SSU ketika pandemik Covid-19 ialah mereka perlu kreatif dalam menyelesaikan kes berikutan kekangan dalam menjalankan tugas. Namun, alhamdulillah, SSU berjaya mengharungi dan menggunakan medium ada untuk membantu,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya